Thursday, September 23, 2010

Nak share tentang cara pemakaian tudung orang sekarang ni..

Tujuan pemakaian tudung adalah untuk menutup aurat. Tetapi, apa yang saya tengok tudung sekarang ni hanya sekadar fesyen sahaja. Bukan untuk tujuan menutup aurat.. Kenapa saya berkata begini?

Pertama sekali jangan salah faham, saya tidak kata semua perempuan tapi segelintir.. Mereka memakai tudung tetapi cara pemakaian mereka salah..

Contohnya, pakai tudung tapi baju ketat, lengan pendek dan pakai leggings.. Selain itu pula, sekarang ni dah jadi trend pula pakai tudung sanggul tinggi. Mereka ni tak tahu ke bahawa sanggul tinggi itu adalah haram. Saya sangat tak suka melihat mereka yang bertudung tapi seperti orang yang tak bertudung..nak pakai tudung tu elok-eloklah sedikit..

Akhir kata, anda mempunyai akal yang sempurna dianugerah Tuhan jadi fikir-fikirkanlah..

0 Your opinion:

Introduction