Saturday, January 1, 2011

Isi masa lapang dengan ibu~

Hari ini cuti, mak saya pun kebetulan cuti~

Saya mengambil kesempatan ini untuk menghabiskan waktu bersama emak dengan berjalan-jalan di One Utama.. Pada mulanya tidak terfikir pun hendak ke One Utama, misi utama kami sebenarnya ke Taman Tun Dr. Ismail untuk menggantikan simcard lama emak saya yang hilang.. Kami agak kecewa kerana Celcom Centre kt TTDI tu tutup..Kami fikir centre tu buka, kami terlupa bahawa hari ini public holiday..

Selepas itu, kami singgah di restoran Briyani Ismail di kawasan itu. Saya makan nasi briyani berlaukkan sambal ayam untuk makan tengah hari.. Alhamdulillah, nasi briyani tu sedap dan saya makan banyak.. Kalau ada sesiapa yang nak makan nasi briyani saya rekomenkan anda untuk ke restoran ini..harganya sangat berpatutan,tak mahal pun..Dekat depan bangunan IBM lama~

Usai santap tengah hari, kami pun mengambil teksi ke One Utama.. Kenapa tak balik rumah terus?? Sebabnya jalan sesak sangat-sangat..Kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar, mencuci mata (window shopping) di One Utama~

Persinggahan pertama di situ, adalah di Jusco.. Mak nak beli kasut baru bagi menggantikan kasut lamanya malangnya di sana tiada yang dapat menambat hatinya.. Jadi di sana kami hanya mencuba kasut-kasut mahal yang tak mampu untuk dibeli..haha.. Dapat merasa untuk memakainya pun sudah memadai.. Semua yang di display saiz kaki saya..hehe..seronok pula dapat pakai..

Kemudian kami singgah di kedai Levi's and Giordano..sekadar nak usha-usha je.. Niat nak beli seluar, tapi tak mengapa..Seluar tak penting, yang penting nak pergi belajar.. Duit beli seluar tu boleh belanja untuk 2 minggu..Batalkan niat dan ubah niat..

Lepas tu, kami pergi KFC pula..dah makan nasi briyani banyak, makan KFC lagi?? haha.. Kuat makan pula saya pada hari ni...

Banyak pula saya membebel.. Teruskan lagi~

Kami jalan-jalan lagi sampai kedai bata.. Mak pula berkenan akan sepasang kasut yang berharga RM49.99..
Semasa membayar, kami terkejut yang harganya rm23.00.. Orang cashier tu cakap kasut tu dah discount 30+20% = 50%.. Mak tersenyum gembira..hehe..

Semasa dalam perjalanan pulang, saya singgah di booth samsung..Di situ ada dijual handphone.. Saya dah berkenan dengan sebuah handphone....!!! Phone tu sangat cantik..Harganya rm720 + free memory card 2GB.. Wahhh tak sabarnya nak tunggu bulan 3...~ Nak telefon bimbit tu!!!

Waktu menunggu bas untuk pulang, nasib baik cuaca mendung..Kerana, tiada bus stop di One Utama~
Lama juga menunggu bas..penat berdiri lama-lama~ Jalan memang penuh dengan kereta-kereta yang menuju ke Ikea, The Curve~~

Balik rumah, mengadap facebuku..hehehe..

Last blog for 2010~

0 Your opinion:

Introduction