Saturday, January 22, 2011

Manusia semakin hilang pertimbangan akal....

Risau saya dibuatnya apabila membaca isi surat khabar, manusia sekarang ni semakin hilang pertimbangan akal fikiran yang dianugerah Allah..

Pertama sekali, saya membaca kisah bayi dalam beg diletakkan di depan sebuah klinik dan di sekitar kawasan itu ada banyak anjing liar... Saya menitiskan air mata kesedihan apabila membaca “Dia tidur dengan nyenyak dan hanya menangis setengah jam kemudian kerana lapar,”  

Bayi yang masih bertali pusat itu, ditinggalkan dalam beg...sedihnya saya memikirkan nasib bayi tersebut kalau tiada orang menjumpainya.....  

Kedua, kisah penyamun geram dan menetak kepala wanita kerana emas tiruan..Yang nak pergi rompak buat apa? sekarang ni mana ada orang perempuan berani nak pakai emas tulen..sekarang ni memang ramai dah berjaga-jaga untuk tidak memakai emas tulen bagi elak dirompak diragut dan sebagainya.. "kesian" betul penyamun tu... Tapi nasib perempuan tu tak ada apa-apa..cuma cedera ringan..

Kisah ini pula tentang 3 penyamun menoreh muka anak orang yang dirompak..Ya Allah, sakitnya tidak terhingga....... "selepas meminta bantuan, dia pulang semula ke rumah untuk melihat keadaan anaknya sebelum menemuinya dalam keadaan separuh sedar dan berlumuran darah di muka."
Kasihan sungguh mangsa rompak ini, sudah jatuh ditimpa tangga..Moga tabah menghadapi ujian..

Persoalannya disini, kenapa banyak berlaku perkara sebegini rupa? Dimana akal waras yang dikurniakan Allah bagi membezakan manusia dengan makhluk lain? Sesungguhnya manusia yang paling istimewa kerana dikurniakan akal berbanding dengan makhluk-makhluk lain.. Seharusnya, manusia perlu menggunakan akal itu sebaik mungkin... 


Didalam surah At-Tinn ayat 4 ;


“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “


Dalam surah As-Sajdah, juz keduapuluh satu ayat 7, 8 & 9, Allah Ta'ala berfirman. Yang bermaksud: Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani; Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (dengan sebaik-baik ciptaan yang cantik dan elok mencipta manusia) dan dimulakan kejadian manusia berasal dari tanah liat (Thin). Kemudian ia jadikan keterunan-keterunan manusia itu dari sejenis pati iaitu dari air yang hina (air mani) yang sedikit dipandang orang. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya Roh ciptaanNya dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran serta hati (AKAL fikiran), supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.

Akhir kata, semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka-mereka yang membuang anak serta mereka-mereka yang melakukan kekejaman sesama manusia.. Amin~







0 Your opinion:

Introduction