Sunday, February 6, 2011

Kenapalah mereka .....

Mengulas apa yang ditulis dalam akhbar hari ni, saya rasa sangat sedih...

Mereka adalah graduan lepasan universiti, tetapi akibat persaingan dalam mendapatkan pekerjaan serta mengejar wang yang banyak mereka sanggup menjual diri mereka.. Lebih menyayatkan hati, mereka adalah orang Islam..

Situasi pada masa ini adalah persaingan untuk mendapatkan pekerjaan.. Persaingan adalah sangat tinggi kerana banyak kerja-kerja diisi oleh warga asing.. Almaklumlah, warga asing boleh bayar gaji sikit.. Sekarang pun ada agensi yang menawarkan khidmat untuk mengambil pekerja asing.. Saya rasa itu tak patut.. Warga Malaysia ni nak kerja apa? Barang-barang pun dah naik harga.. Gaji rm1000 sebulan mana nak cukup bagi orang yang dah berkeluarga..Nak bayar bil, bayar rumah, beli barang dapur, belanja anak sekolah dll...

Saya tengok sekarang ni, ramai warga asing dah pakai motor dan kereta.. Orang Malaysia sendiri pun ada yang tak mampu nak pakai kereta lagi.. Perghhh... Memang tak boleh blah kot...

Okay, ni pasal pendapatan mereka bila mereka jual diri... Memanglah 5 angka..tapi berkat ke? Nak kejar kemewahan sangat buat apa.. Penat-penat belajar, kerja yang macam tu jugak nak buat..Kesianlah kat mak ayah yang susah-susah cari duit nak tanggung mereka belajar.. Nak buat sesuatu benda tu tak nak pikir dulu.. Kalau mak ayah mereka tahu yang kerja mereka seperti yang bukan mereka sangkakan....alangkah kecil hati dan sedihnya mak ayah..

Anak-anak kena pikir.. Mak ayah kerja cari duit bagi belajar, untuk dapat kerja elok pada masa akan datang.. Bukan kerja yang merosakkan serta kerja yang mendapat penyakit..

Memanglah mak ayah kerja siang malam tak ada masa untuk anak..tapi anak ada otak dan akal boleh pikir sendiri..Jangan nak salahkan mak ayah..

Lainlah kalau budaya dalam rumah tersebut dah menggalakkan anak berbuat demikian..

Ye, saya tahu semua manusia melakukan kesilapan..tapi, kalau kita tahu perkara itu salah janganlah kita lakukannya..Manusia juga punya peluang untuk kembali ke pangkuan jalan atau jalan yang lurus andai tersedar kekhilafan yang dilakukan sekiranya masih sempat.. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Kesimpulannya, berbalik pada hati masing-masing untuk berubah..mendalami ilmu agama agar kita sentiasa takutkan-Nya..

0 Your opinion:

Introduction