Monday, March 21, 2011

Bercuti~~

18 March 2011

Hari ni pergi ke N9 dengan kak mimi..dari rumah ke KL sentral bertolak pukul 1.30ptg.. Ke KL Sentral menaiki tren daripada Asia Jaya.. Ke Seremban, kami menaiki Komuter..ada 12 perhentian dari KL Sentral.. Agak jauh jugak la..
Sampai jer kat Seremban, tunggu kawan kak mimi sampai.. Bila kawan dia dah sampai, kitorang pergi terminal one shopping..makan2 dan jalan2 kat situ..agak best jugak la sbb macam kat Times Square jer.. Kawan kak mimi beli cd counter strike..perghh dah lama tak main game tu..nanti nk copy la dari laptop kak mimi.. =P

Bila otw balik ke jelebu, lalu kat ulu bendul..ulu bendul tu kira tempat pelancongan jugak la..adik dengan kazen pun cakap tempat tu cantik..masa lalu kat situ dah gelap tak nmpak sangat la..sedih jer.. Haha kitorang singgah kat kedai rm2 masa malam tu..kedai tu best..macam2 ada.. Saya beli coklat cloud 9 satu paket..hik3..mana dapat coklat tu kat sini harge rm2..msti nk dkt rm3 jugak..nak beli banyak2 kawan kak mimi cakap ada kedai rm1..jadi la beli coklat tu dlu..

Malam tu, sampai kat umah ateh kat perkampungan felda pasoh 1..

19 March 2011

Hari kedua, kami berdua bangun awal sebab nak menikmati keindahan kawasan perkampungan tu sebab ada kabus tebal pulak tu.. Kabus tu melalui tanah..BEST!!! Kami borak2 kat luar rumah.. ;)

Masa lapang sebelum keluar jalan-jalan, saya melayan anak buah kawan kak mimi tu..main-main dengan dia..nama budak kecik tu Amar umur 2 tahun..Macam tak percaya, umur baru 2 tahun dah pandai berjalan dengan bercakap..cakap pulak tak de pelat2..main nyorok2 dengan dia, pastu dia panggil "Bibik, bibik"..Dalam hati saya cakap, "Bibik dia panggilnya aku"..huh..

Cakap dengan kak mimi, budak tu panggil saya 'bibik' pastu kak mimi cakap 'mungkin saya jaga, main-main dan layan dia kot tu yang dia panggil bibik'..haha..lepas tu terus saya ajar dia panggil saya kakak..mula-mula tanya "ni siapa?" refer kepada saya la..dia jawab bibik lagi..okey fine..saya terus ajar dia sampai dia ingat..hehe..
Lepas makan tengah hari kami keluar jalan2..destinasi pertama pada hari ni, kitorang ke Hutan Lipur Jeram Tengkek.. Hurmm agak jauh jugak la dekat kawasan rumah org asli dah..ingatkan tak ada orang kt situ sebab tak nampak banyak kereta..rupanya ramai jugak orang..syok tu...mandi sungai..hehehe.. almaklum la..org duduk kt bandar mana nak cari sungai untuk mandi manda kan..sini mne nk ada jeram n sungai.. Mula2 jejakkan kaki kat dalam air.., dah rasa kesejukan tahap gaban..bila dah menyelam, PERGHHH...tak tahan sejuk oh...dah la hujan turun time tu, tak sampai 5 minit berendam, saya keluar dengan keadaan menggigil..risau jugak kalau demam, tapi Alhamdulillah sihat..

Lepas jer mandi manda yg x smpai 5 minit tu, kitorang pun kuar dri kwasan tu..kitorang pegi bahau lak.. Hari ni kitorang pegi kedai seringgit..hehe.. Saya beli coklat apollo 1 paket, tempat penyangkut baju yang lekat kat belakang pintu bilik tu dan pembaris..Pembaris tu ada 4 tau..tapi harga rm1 jer..haa...kat KL ni mana nak cari kedai macam tu..paling koman pun rm5 punya kedai jer..

Malam tu saya dengan kak mimi masak mee suah..kak mimi chef, saya pembantu chef..wahahaha...best la dapat masak resipi baru..sedap lak tu..

20 March 2011

Hurm sedih rasanya hari ni dah balik dah..rasa seronok pulak pergi kat rumah kawan kak mimi ni..yela, kat area tu best ooo...banyak kabus2..sejuk jek tido memalam buta..

Masa balik tu, kawan kak mimi hantar..Kereta kawan dia smart oh...Satria Neo R3..Tapi kalau bagi orang lelaki nak bawak geng lelaki dia rasa kesian kawan2 dia..sebabkan kaki orang lelaki ni panjang..hohoho..terpaksa bersempit pulek..

Oh tak lupa jugak, budak kecik yang comel tu bila saya tanya "ni siapa?" dia jawab kakak..waaaa tak sia-sia jugak ajar dia..hik3..gembira rasa hati ni..rindu la dengan budak kecik tu nanti..dah la manja jer dengan saya..


0 Your opinion:

Introduction