Wednesday, March 16, 2011

Pemandu Enggan Beri Laluan~~

Hari ni saya ada membaca akhbar tajuknya "Pemandu Enggan Beri Laluan".. Linknya di sini..

JOHOR BAHRU: Sikap pentingkan diri sendiri pemandu kenderaan di sekitar Kulaijaya yang enggan memberi laluan kepada jentera bomba dan penyelamat daerah itu menyebabkan pasukan berkenaan kehilangan beberapa minit berharga bagi membantu Nurul Aminah Murjini, 15, yang hampir hancur tangan kirinya selepas tersangkut pada gigi mesin perahan tebu, semalam.

Sikap pentingkan diri sendiri sekarang ni seperti sudah sebati dalam diri rakyat mesia agaknya..Dimana siviknya tatkala semasa sekolah dahulu cikgu sendiri pernah berkata agar memberi laluan kepada bomba dan ambulans. Tidak cukup dengan itu juga, iklan dikaca tv dan radio juga berpesan agar rakyat mesia ni prihatin sikit..

Kasihan sungguh pada adik Aminah tu.., terpaksa menahan kesakitan menunggu ketibaan bomba untuk membantu mengeluarkan tangan kirinya itu.. Tidak dapat saya bayangkan..

Kadang-kadang, sifat pentingkan diri ni boleh membawa penyesalan terhadap diri sendiri juga.. Contohnya, apabila seseorang tu kemalangan dan dia memerlukan bantuan dan terpaksa tunggu lama sebab orang lain tak bagi laluan..Mesti ada penyesalan dalam diri.. Jangan fikir kita tidak akan menerima bantuan kecemasan, kita harus futuristik.. Kita juga harus fikir bagaimana kalau kita sendiri mengalami perkara tersebut.. 

Pesanan dari sayalah.., apa-apa pun siren berbunyi berilah laluan pada mereka..Kecuali yang escort one..

0 Your opinion:

Introduction