Monday, May 9, 2011

Muhasabah Diri~~

Pagi ini tak ada kelas, alang-alang dah bangun mak pun buka Tanyalah Ustaz.. Saya pun tengok samalah, tapi dlm 20min terakhir jer..rugi pulak tak tengok awal-awal.. Tajuknya "Membina Taqwa", ustaz tu kata taqwa ni ibarat nadi dalam diri kita.. Tapi hari ni bahagian satu, esok bahagian 2..harap2 dapatlah tengok bahagian 2..

Lepas dah habis jer rancangan tu, bukak fb Syahirul.com..kat situ ada album Soal Jawab Agama..saya pun bukak la..baca,baca dan baca..

Diam sebentar~~~

Renung ke dalam diri dan terfikir, boleh ke "dia" bimbing aku?
Fahamkah "dia" yang aku ni perlu seseorang membimbing aku ke jalan Allah?

Sungguh, banyak yang aku kurang dalam ilmu Fardhu Ain ni.. almaklumlah sekolah agama takat darjah 2 jer.. Bila terdengar ustaz dalam tv tu cakap orang yang membuat dosa/salah berada di bawah sedangkan orang-orang yang beriman sedang bergembira dengan Nabi2 dan para malaikat berada di atas..

Saya berasa sebak, kenangkan diri ini masih kurang amalannya..Tidak cukup bekalan untuk di bawa ke sana.. Berasa sedikit cemburu membayangkan orang-orang alim bergembira di syurga..Oleh itu, saat ini saya bercita-cita untuk mengejar pahala Allah serta menyediakan bekalan yang cukup sebelum ajal tiba..

Oleh itu, diri ini selalu berdoa kepada Allah agar kurniakan seseorang untuk hadir dalam hidupku yang bisa membimbingku menuju Syurga Allah..

Jika "dia" untukku, bukakanlah pintu hatinya mendalami ilmu-ilmuMu, Ya Allah..Agar dia bisa membawaku ke jalanMu yang lurus lagi benar..

Amin~~

0 Your opinion:

Introduction