Tuesday, June 28, 2011

Kisah Israk dan Mikraj..

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu.

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)

Sunday, June 26, 2011

Pernahkah anda jatuh cinta?

Sayu sungguh hati saya setelah membaca entry di blog ini .. Saya semakin sedar.. Alhamdulillah kerana saya dipertemukan untuk membaca blog ini.. Silakan anda membacanya..

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah... 
kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. 


Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia disajikan itu. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. 


Dia bertanya kepadaku, "Adakah kamu mencintai Aku?"
 Aku menjawab, "Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu." 


Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu?"


 Aku tergamam seketika. 


Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lalukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. 


Kemudian aku jawab, "Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap akan mencintaiMu." 


Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?" Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang tidak mampu kulihat? 


Kemudian aku terfikir... ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. 


Lantas aku menjawab, "Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu, aku akan tetap menyintaiMu, ya Allah."


 Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?" Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? 


Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab, "Walaupun amat takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu." 


Dia menyambung lagi persoalannya, "Jika kamu ditakdirkan bisu, adakah kamu akan terus memujiKu?"


 Aku tertanya lagi, bagaimanakah aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.


 Kemudian aku menjawab, "Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagimu, aku tetap akan memujiMu." 


Dan Dia terus bertanya lagi, "Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?" dengan nada yang tegas dan penuh keberanian.


 Aku jawab dengan yakin, "Ya, benar Tuhanku, Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!" Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi., tetapi Dia terus bertanyakanku lagi, 


"Kalau begitu, mengapa kamu masih melakukan dosa?" Aku jawab, "Kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak sempurna... aku bukan maksum."


 "Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira... kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah atau mahukan bantuan... kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?" 


Aku tidak mampu berkata apa-apa. Yang kusedari.. titisan panas turun membasahi pipiku. 
Dia sambung lagi, "Mengapa kamu buat begini... kadang kala sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? 


Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? 


Mengapa kamu meminta dengan penuh tamak dan mementingkan diri sendiri? 


Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?"


 Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. 




"Mengapa kamu malu kepadaKu? 


Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu?


 Mengapa ketika kamu dizalimi, kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? 


Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkidmat di jalanKu?" 


Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi, aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. 


Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan.. atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.


Dia berkata-kata lagi... "Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. 


Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. 


Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu tutup telingamu. Acap kali Aku berikan pelbagai rahmat dan nikmat kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. 


Aku turunkan kepada kamu PesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara." 







Sambungnya lagi, "Kini... adakah kamu menyintaiKu?"Aku tidak mampu menjawabnya lagi. 


Bagaimana harus aku jawab persoalan ini? Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini.Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang bolehku jawab bagi persoalan itu? 


Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran air mata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, "Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. 


Aku tak layak menjadi hambaMu ya Allah...adakah ada darjat yang lebih bawah dari hamba untukku??" 


Kemudian Dia menjawab, "Sifatku pengampun... barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan... Aku ampunkan kamu wahai hambaKu." 


Aku bertanya kepadaNya, "Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulang kali dan memohon ampun berulang kali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?" 


Dia menjawab, 


"Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikan kamu. Apabila kamu menangis, Aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. 


Apabila kamu melonjak kegirangan, Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu.


 Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat.


 Apabila kamu jatuh, Aku akan membangkitkanmu. 


Apabila kamu keletihan, Aku akan membantumu.


Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir Dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya." 


Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti mengapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini.


Dan... buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar. 


Ya Allah ampunilah aku...
kurniakanlah kami hidayah petunjukMu....
perasaan dicinta dan mencintaiMu....
dan jatuhkanlah cinta dalam hati ini juga pada orang yang sempurna dalam mencintaiMu.....

Friday, June 24, 2011

the hottest entry in my blog..

All this while, I keep watching my blog traffic source.. And I found that " Dah Berpunya?" entry was the hottest one until today.. I don't know why so many people read that entry only.. Take a look on the picture below..


btw, I want to thanked u all for reading my blog.. thank you so much~
=)

Tuesday, June 21, 2011

Semester 3~~

Yeah, finally this week got class.. Last week suppose we have class but our lecturer still not in Malaysia.. But never mind, I really enjoyed this week class.. Dr. Shafi is our lecturer for Support and Movement System subject, he is nice person but strict sometimes..  But I enjoyed his class.. But my eyes getting more blur and I really need spectacles right now..

Then, Medical Microbiology class for today is just discussing about presentation that we need to do and assignment.. Then, refreshing the basic microbiology subject on semester 2.. Mr.Buva asked us the protocol on gram staining.. Waaa seriously, I remember the methods but I don't remember the name of the solution use in the protocol..

By the way, Mr.Buva do a lots of jokes that make us laugh so much.. He also give some tips on how to understand this subject very well..  Mr.Buva also a nice person..
What make me sad is, there is only 11 of us in the class.. The class become quiet without others.. Some drop this subject..hurmm...so sad...

As usual, my aim for this semester is I want to do well on my study and get a knowledge and also a good grade..

By the way, I just saw Mr. Faizul.. I asked him about my First Aid grade, he said I got A-.. I was surprised..haha..Yalah, because my mid sem I got C thats why I surprised.. I thanked him, but he said don't thanked me but thanked yourself..you did well in the exam.. I just want to say thank you again..hehe.. thank you sir.. I'm apologize if I did some wrong in your class or whatever, sir.. =)

Wednesday, June 8, 2011

SORRY?

As for me, I won't say sorry if I am not wrong or it wasn't my fault..

I will apologize if I know my mistake..

This is my principle..

If it really had to say sorry, is just to improve relations..

I won't feel sincere if it really had..

=(

Introduction