Thursday, July 28, 2011

Maaf hamba Allah, anda tidak cukup....

Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan.."

(buat la SOS topup. hehe..)

Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan'topup'. Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

Realiti: Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita,  

"Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga".

(boleh ke nak buat SOS topup?)

Pernah tak kita berfikir seperti itu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih bolehmen'topup' pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung. Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya. Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita. Tetapi, pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosasilam kita? Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama', dahulu yang menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata. Tetapi apabila kekasih kita meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.

Konklusi: Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah  menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat, baru kita hendak menyesal. Marilah kita sama-sama mere nung dan menangisi dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah,kerana ti tis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama'topup' yang akan mengisi 'kredit' untuk kita pada hari perhitungan nanti. InsyaAllah. semoga peringatan ringkas ini memberi manfaat yang besar kepada kita semua. 


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang
apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal." (Al-Anfal, 2)..

Mari kita Sebarkan Kebaikan ! semoga Ia dapat men"Topup" pahala kita. insyaAllah. Moga Allah Redha :)


0 Your opinion:

Introduction