Thursday, July 14, 2011

Mcm Serupa Je Situasi ni~~

Rasa macam serupa je situasi ni dengan saya..saya baca kat blog ilmi-islam.com.. =)
Sila lah baca..saya kopipes jap yer..


Baru-baru ini...
"Yong tak de ke 'kawan special' ?" tanya ummi.
"Erk, 'kawan special' ?" terkejut.
Aku faham..'kawan special' yang dimaksudkan oleh ummi adalah seorang lelaki yang istimewa dalam hidup.

"Belum ada lagi la ummi.." jawabku ringkas.
Pernah suatu hari, ummi berpesan, jika ada seseorang 'kawan special' terus kenalkan padanya. Kata ummi, nak kenal siapa orangnya.

"Belum ada lagi la ummi..." jawapanku sama."Ummi tak nak carikan suami untuk yong. Ummi benarkan kalau yong buat pilihan sendiri.." kata ummi.

Aku hanya terdiam.." InsyaAllah.." jawabku ringkas.

Tidak terbayang siapakah si dia nanti...dia yang akan bergelar suamiku...
"Ummi nak kalau yong nak cari, cari yang jelas agamanya..itu semestinya.. dan yang ada ilmunya dunia mahupun akhirat dan yang paling penting suami yang bertanggungjawab.."...pesan ummi.

"Siapalah lelaki tu nanti?...yang paling penting dia tidak menghalangku untuk 'berjuang' malah kami 'berjuang' bersama.."  hati berbisik sendiri.
Masih awal untukku memikirkan tentang hal ini. Aku masih belajar. Namun, siapa tahu jodoh hadir lebih awal dari yang dijangkakan. Segalanya ketentuan yang tertulis oleh Allah di Luh Mahfuz. Aku hanya berserah dan harus sentiasa bersedia. Namun, perjuangan tidak harus dilupakan. Kerana itu, aku bertekad, mahukan seorang suami yang turut sama cintakan 'perjuangan'.
Bila hati berbicara tentang jodoh...
Aku mahukan dia seorang yang jelas agamanya,
kerana itu akan membawa kami ke syurga...
Aku mahukan dia seorang yang mencintai Allah dan Rasul,
kerana itu akan menambahkan lagi cintaku kepada Allah dan Rasul...
Aku mahukan dia seorang yang 'berjuang' di jalanNya (fi sabilillah),
kerana itu akan menjadikan aku sebagai sayap kiri kepada seorang pejuang Islam...
Aku mahukan dia seorang yang ada kepimpinannya,
kerana itu aku akan melahirkan seorang ulama', hafiz mahupun hafizah...
Aku mahukan dia yang sentiasa mencintai dan menyayangiku,
kerana itu aku akan sedaya upaya menjadi bidadari terbaik dalam hidupnya...
~Mencintai dan dicintai kerana Allah~

0 Your opinion:

Introduction