Tuesday, August 16, 2011

=)


Satu ketika dirimu bertanya..

…………………..

sudikah kamu menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..

……………………

sudikah kamu menjadi Penjaga

diri dan maruahku

agar hidupku lebih tenang dan bahagia

…………………….

sudikah kamu menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya

……………………..

sudikah kamu menjadi Pemerhati

setiap gerak dan langkahku

agar ku tahu mana salah dan buruk lakuku


Suami imam rumahtangga

……………………….

sudikah kamu menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..

……………………….

sudikah kamu menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar ku terus berada di atas jln yg benar


………………………..

sudikah kamu menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kamu mampu memberi bantuan

walau hanya sekadar senyuman :)

………………………..

Sudikah kamu menjadi Sahabat

buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sahaja dengan mu
tanpa rasa ragu..

………………………….

Sudikah kamu menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang

==================

Satu ketika saya menjawab…
“Ya, saya sudi..
Kerana kamu pilihanku kerana ILLAHI
dan kamu juga memilihku kerana petunjuk RABBI
Tetapi,
ku kembalikan soalan ini kepadamu..


Cinta perkahwinan

…………………………..

sudikah kamu terus menjadi Imam di setiap solatku?
jika ku sudah tidak seperti dulu?

……………………………

Sudikah kamu pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti
ku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu…

Jika ku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu
Sudikah kamu wahai bakal suamiku?

ku percaya..kamu masih sudi..

“Kerana ku pilihanmu kerana ILLAHI
dan ku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI..”
Membina keluarga bahagia impian bersama....


 mencintai dia dengan cara yang terindah

0 Your opinion:

Introduction