Saturday, August 27, 2011

Kuliyyah Dhuha~~

Dipengakhiran Ramadhan ini, baru berkesempatan untuk saya pergi menghadiri kuliyyah di surau.. Alhamdulillah.. Pada pagi ini, datang seorang ustaz dari Perlis ke surau Nurul Iman yang berada dekat dengan rumah saya.. Kuliyyah beliau berceritakan tentang 'Anak-anak zaman sekarang'..

Ustaz tu cakap, macam-macam kes berlaku sekarang ni.. Anak bunuh bapak, bapak bunuh anak..macam-macam cerita yang sangat menakutkan.. Menurut beliau, jika kes pembunuhan yang sedasyat itu pun boleh berlaku dikampung-kampung,apatah lagi yang berada di bandar ni..mungkin lagi dasyat agaknya..

Ustaz tu berkata, bagaimana semua benda ni boleh berlaku? Dia juga memberi jawapan, sebab berlaku semua ini adalah kerana ibu bapa tidak mendidik anak-anak dengan berpandukan Quran dan Hadis.. Dan ustaz tu juga ada mengajar memberi nama yang baik untuk anak-anak pada umurnya 7 hari dan melakukan aqiqah untuk anak masa usianya 7 hari juga..

Selain itu, semasa anak berumur 6 tahun ibu bapa perlu membentuk adab dan akhlak anak-anak.. Ustaz tu cakap lagi, kalau anak cerdik dalam pelajaran belajar sampai overseas tapi tak ada akhlak yang baik.. Tak ada gunanya.. Di samping itu juga, pada anak-anak perempuan yang berusia 9 tahun hendaklah di ajar untuk menutup aurat tidak kira di luar rumah mahupun di dalam rumah.. Bagi saya, apa ilmu yang saya dapat hari ni..boleh la saya mempraktikkannya pada masa hadapan..

Haaa lagi satu, ustaz kata kalau nanti anak-anak tak mahu solat..ibu bapa kena pukul anak tu supaya dia solat, yang penting masa tu umurnya bawah 13 tahun.. Ustaz kata pukul anak sampai dia solat penuh tanpa disuruh lagi..kalau 3 tahun, 3 tahun la kena pukul.. Bagi saya, eloklah pukul anak sebab nak mengajar benda baik..daripada dia kena pukul dan kena seksa kat akhirat nanti..

Banyak lagi yang ustaz kongsikan tadi, tapi saya nak terangkan tak berapa pandai..bimbang nanti ada kesilapan.. Saya harap, apa yang saya kongsikan dapat kita mempraktikkan pada masa akan datang..

Pesanan ustaz, bila kita rasa kita semangat untuk beribadah maka sebutlah "Alhamdulillah" nescaya Allah akan menambah nikmat untuk kita beribadah..




0 Your opinion:

Introduction