Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan U-Community : Orang Asli (Part 2)

asambungan dari part 1.. (macam pegi 3 hari 2 malam je nak wat part2 bagai kn? hihi)

Bila dah sampai ke rumah yang kami pergi tu, kami dijemput masuk ke dalam rumah.. mm kecil rumahnya.. Tapi agak mengagumkan jugalah sebab ada home theatre kot.. masa sesi bertemu ramah tu macam-macam dorang tanya.. Saya tengah blur dalam otak ligat berfikir nak tanya apa sebab semua soalan dorang dah tanya pun..hehe.. Tapi tak ada lah saya ni berdiam sangat..ada part yang boleh mencelah, saya ada juga bercakap..

Ni part yang paling tak boleh blah, lawak kot.. Masa dah selesai sesi bertemu ramah tu, kitorang pun beransur la nak pergi dewan semula.. Dah jalan nak turun bukit ni tiba-tiba ada anjing lak datang cam nak gaduh dengan anjing lain.. Dorang lari, dah dorang lari saya pun lari la sekali sebab kalau tak lari...,nanti tak pasal-pasal saya kena gigit dengan anjing tu pulak.. Memang lawak kot..muka cuak je semua..hahaha..

Lepas tu, kami pun pergi dewan serbaguna tu semula.. Kami diberi masa 1 jam setengah untuk berehat.. Perempuan berehat kat surau, bahagian atas dewan tersebut.. Mm dah letih-letih panjat bukit redah semak bagai, kami yang perempuan ni pakat-pakat tidur..hehehehe...

Lepas tu, dalam pukul 3 petang kami pun turun dewan sebab nak siap-siap untuk memasak.. Saya tolong kopek bawang jer...sebab kerja-kerja lain dah ramai, tolong kopek bawang pun jadi la daripada tak terlibat langsung..

Then, lepas dah siap2 kopek bawang.. Saya dengan kawan pergi lepak jap, jalan-jalan kat kawasan perkampungan tu... Bila dah naik bau asam pedas dengan bbq ayam...saya pun pergi kat mereka2 yang tengah masak tu.. Saya pun tolong la mereka masak.. Amik, 3 round masak asam pedasnya... Tapi seronok masak tau..

Dah siap masak semua tu, rilek2 jap sementara menunggu waktu berbuka.. Masa nak dekat waktu berbuka tu, dah ramai penduduk kampung tu datang ke dewan untuk berbuka bersama.. Agak lewat sikit la kami makan.. Biarkan mereka makan dulu, baru kami makan.. Wahh ternyata boleh tahan jugak asam pedas tu (perasan jap) tambah lak makan dengan ayam bbq.. nyum3... ^_^ (terasa lapar lak bila tengah menaip ni bila terbayangkan makanan tu)

Dah selesai semua, kami pun bersiap-siap untuk pulang.. Sebelum naik bas, kami snap snap photo ler...hehe..sebagai kenangan.. Entah mana la gambar yang mereka ambil tu sebab tak upload2 lagi kat pesbuk tu..

Masa dalam perjalanan, terasa macam sayu lak.. Yelah, first time ikut event msu buat community service ni.. Dah la tempatnya pun cantik..tenang jer..

Nah, nikmati gambar-gambar yang saya snap yer..As usual, by using phone camera and no editing except for the words on the pics..



































ada pic yang tak letak words la plak..tak apa la..janji anda semua dapat tengok ye gambar2 yang ada tu..
^_^


0 Your opinion:

Introduction