Monday, August 15, 2011

Terima Kasih Sekali Lagi, Sahabat...

Sahabat saya, Soleha.. terima kasih sekali lagi kerana telah menghadiahkan saya sebuah lagi buku.. Ini amat bermakna bagi saya..buku yg anda beri memang membantu saya tatkala saya masih memerlukan petunjuk dalam menggapai cita-cita.. Ternyata Allah itu Maha Penyayang..cepat sahaja Dia memberikanku jawapan.. Love You,Allah.. ^_^

Saya telah berfikir sedalam-dalamnya selepas membaca buku ini, jika ada rezeki saya akan sambung MBBS dan selepas itu, berkhidmat untuk masyarakat buat seketika..dan akhir sekali, berkhidmat mencurahkan ilmu sebagai pensyarah dalam bidang perubatan ni supaya dapat membantu pelajar mencapai cita-cita mereka juga..

Pilihan untuk menjadi pensyarah kerana masa untuk keluarga lebih banyak diluangkan pada masa hadapan.. Kerana keluarga adalah segala-galanya..

Di samping itu juga, buku ni membantu medical student mengurus masa,emosi dan sebagainya demi untuk menjadi seorang medical student yang cemerlang.. Akan saya sedaya upaya mengaplikasi segala ilmu yang saya dapat dari buku ni dalam kehidupan sebagai pelajar perubatan walaupun masih di peringkat diploma..

Sahabat saya, walaupun anda tidak lagi bersama kami berjuang mendapatkan ilmu.. Saya akan simpan buku yang anda bagi ni sebagai kenangan manis, sebagai tanda persahabatan.. Walaupun seketika kita bersahabat, semoga persahabatan yang terjalin ni akan kekal sampai bila-bila.. "Leha, jangan lupakan Kila yer..." =(


0 Your opinion:

Introduction