Sunday, October 30, 2011

Apa yang saya buat semalam???

Assalamualaikum,

Yesterday I went to Masjid Kota Damansara and commonly called as "Masjid Kuning" because the masjid is yellow in colour..

There is a lot of activity, indoor and outdoor.. Mostly outdoor activity that attract people because there's a lot of booth that sell books, clothes, hijabs and many others..

I attracted to join indoor activity because it gaves me a lot of knowledge inspite I wanted to study more deep in Islam...The indoor activity were recording of "Tanyalah Ustaz by Ustaz Mohd Erfino" and "Tanyalah Ustazah by Ustazah Norhafizah Musa".. I take some pictures while break session..

Actually, I am not satisfied along the recording because the producer already give some instructions..We are not allowed to making some noise, not allowed to stand and we must silent our phone.. But some of the "makciks" making noise, chatting with her friends like 10 years haven't met..grrr...really annoying and disturbing me to focus on the topic that ustaz discussing in front.. I just say slowly, please respect the knowledge please while we are sitting in the masjid.. And the kids also, why la their parents just let their child making noise inside the masjid..while outside have a lot of activity for kids..  Sorry to say this...

Here some advice, please respect any "majlis ilmu"..

Malik bin Anas berkata, ‘Makna sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. ‘para malaikat melebarkan sayap-sayapnya’ adalah berdoa untuk penuntut ilmu, dan ‘sayap’ dalam hadits tersebut adalah sebagai ganti dari kata tangan.”

Okey, while the indoor activity end.. I just go to one booth where is Ashraf Muslim was there...he he he.. He is sharing about why he's changed and while he's in Makkah doing umrah.. What a touching story with the sad background music... The point that he is sharing with us, really really meaningful.. I like that..

Then, I go to one booth that selling books.. And I bought one book, titled " Give and Take antara Hamba & Pencipta".. I am not read the book yet..After this I am going to finished it by today..

Okey, this is the pictures that I snap yesterday..Enjoy and sorry the pictures little bit blurry..



Catriona Ross sharing about her life changed




The peoples..



Tanyalah Ustaz recording session by Ustaz Erfino



Tanyalah Ustazah recording session by Ustazah Norhafizah








I know some of you might be jealous right? har har har..this is the session of Ashraf Muslim sharing..

I will share with all of you on topic that being discussed yesterday on Tanyalah Ustaz and Tanyalah Ustazah in next entry...

TAG!!!

Assalamualaikum..

Okay topik ari ni 'TAG!!"..bukan smart tag dan bukan name tag.. Saya kena tag oleh GUNNERS... Mari kita lihat siapa yang kena tag...Sori ler, saya mgkin tak cukup geng nak tag,,sapa2 yang kena tu..ehehe sori la yep..

peraturan :


  1. must post this rules
  2. post 11 things about themselves in their post
  3. answer the question that those tagger set for you
  4. have to choose 11 people to tag them in their post
  5. don't forget to go to their page and tell them
  6. no tag's back
  7. no stuff in the tagging section that " you are tagged if you read this" you legitimately (a.k.a. really trust with all honesty) have tagged 11 people.

soalan-soalan yang encik gunners suruh wa jawab ialah : 
  1. nama penuh korang
    tengok kat fb badges saya dalam blog ni..
  2. tempat lahir korang
    kat Hosp Universiti Malaya, KL atau nama barunye PPUM
  3. komen tentang blog wa (positif n negatif)
    positif la weyp..
  4. korang rasa wa nie jenis yang macam mana??
    wuuuhuuu..kamu baik ler n sempoii... =)
  5. blog yang korang suka
    blog kamu, blog Musafir Melayu, mm de byk lg..tp lupe..
  6. da lame ke berblog neyhhh
    lama gak tp baru aktif berblogging dan berdakwah..cewaahh..
  7. korang blajaq or maseh kerja(bagiraw kat mana)
    masih blajaq la weyp..
  8. perangai korang(positif n negatif)
    mm hanya Allah je yg tau..ehehe..
  9. da berpunya lom??/
    huk3..soklan sedeyh ni..baru lepas patah hati... huk3..
  10. apa yang korang nak dalam hidup???
    nak jadi seorg muslimah yang solehah, nak jadi doktor yg pnuh ilmu agama di dada gak, lepas tu nak keluarga yang bahagia sampai syurga..
  11. kenapa korang nak benda tu (berkait ngan soalan 10)
    sebab ni adalah impianku..ehehe..
Okeylah inilah jawapan saya...saya nak bagi sahabat soalan jugak..

peraturan :



  1. must post this rules
  2. post 11 things about themselves in their post
  3. answer the question that those tagger set for you
  4. have to choose 11 people to tag them in their post
  5. don't forget to go to their page and tell them
  6. no tag's back
  7. no stuff in the tagging section that " you are tagged if you read this" you legitimately (a.k.a. really trust with all honesty) have tagged 11 people.

soalan-soalan yang saya  suruh anda jawab ialah : 

  1. nama samaran anda dalam blog dan fb..
  2.  nama sebenar anda(name penuh er)
    3. sejak bila start dalam dunia blogging
    4. pendapat & komen tentang blog aisya
    5. asal dari mana & sekarang tinggal kat mana
    6. dah berpunya ke belog
    7 . blog paling suka.hari-hari singgah
    8. perangai (3 positif n 3 negatif)
    9. anak mak atau anak ayah
    10. anak ke berapa dari berapa
    11. tarikh lahir


blog yang kene tag...
musafir melayud lala landel sol, la nunalynda roslannuraziatulakmapening lalatsyahjunsu lifekentut berdarahthe sweet life,

okey, tak cukup 11..maaf yep..

Saturday, October 29, 2011

Program Untuk Hari Ini..

Assalamualaikum sahabat,

Hari ni, di Masjid Kota Damansara ada program bersama dengan tv9 iaitu Program Raudhah Di Hatiku..

Banyak acara-acara menarik yang di jadualkan pada hari ini.. Sahabat-sahabat yang berdekatan boleh la hadir, kerana ada program bersama Ashraf Muslim, Catriona Bahrin Ross, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah dan banyak lagi..

Boleh tengok dalam gambar ni aktiviti untuk hari ni...




Dah tengok kan? Apa lagi, Jom pergi ramai-ramai...

Friday, October 28, 2011

Putus Cinta, Remaja Gantung Diri...

Assalamualaikum..

Hari ni saya ada terbaca tentang gadis berusia 14 tahun menggantung diri akibat putus cinta.. Astaghfirullahal'azim.. Cuba baca berita penuhnya yer.. Takziah kepada keluarga mangsa.. Al-Fatihah..

KULAIJAYA: Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.

Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka.

“Kurang dua jam kemudian, remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.

“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).

Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak bersahut.

Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai dengan kain batik terjerut pada leher. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai tuala pada lubang angin di dinding bilik.

Selepas itu, mangsa mengambil kain batik lantas diikat pada tuala berkenaan, kemudiannya, kain batik terbabit dijerut pada lehernya sebelum dia dikatakan terjun dari paras tinggi. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dan pengetua sekolah mangsa turut hadir menziarahi jenazah mangsa, hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Johor, Nanndzri Nasib. Nanndzri berkata, Ia ujian berat daripada Tuhan dan kita sebagai hamba perlu reda dengannya, kita akan membantu keluarga mangsa mengikut kesesuaian,” katanya.



Itulah, remaja baru mengenali erti cinta dan apabila putus, tidak dapat menerima kenyataan lalu bertindak tanpa berfikir tentang akibatnya... MasyaAllah... Kita doakan yang terbaik untuk arwah yer..

Pesanan,

Pengakhiran cinta bukan bermakna hidup kita dah hancur.. Bukan adik-adikku sayang.. Jika kamu putus cinta, itu akan membuatkan kamu semakin matang dalam menangani segala ujian yang akan datang..dan permulaan baru dalam hidup kamu..

Kamu masih bersekolah lagi, seeloknya kamu lupakanlah niat untuk bercinta.. Saya faham kamu juga punya perasaan, jika kamu ingin bercinta tu boleh..Tetapi seeloknya kamu perlu pandai mengawal emosi dan perasaan kamu dan pandai membahagikan masa belajar kamu..

Yang paling penting, ingat Allah selalu... Jangan buat keputusan untuk bunuh diri, nanti kamu tak masuk syurga.. Ingat, jodoh kita hanya Allah je yang tahu.. Allah dah tetapkan jodoh kamu dengan siapa di Lauh Mahfuz sebelum kamu lahir lagi.. Kamu cuma perlu tunggu jer adik-adikku..




Wednesday, October 26, 2011

Menziarah...

Assalamualaikum...



Saya nak cerita ni.. Tadi saya pergi melawat anak jiran yang kemalangan tempoh hari.. Dia dah balik dari hospital..

Alhamdulillah dia telah sembuh dan dah melepasi fasa-fasa kritikal dan dah sedar dari koma..

Melihat keadaannya tadi, wajah serta fizikalnya berubah menjadi semakin kurus..sungguh berbeza dengan keadaan sebelumnya..

Mendengar cerita dan melihat keadaannya membuatkan saya nak menangis..dalam hati cuma berdoa moga dia cepat sembuh dan boleh pergi sekolah macam biasa balik tahun depan.. Saya faham keadaan orang yang sakit ni..sebab saya pun pernah merasainya.. Kalau asyik terbaring, bosan dan rasa sungguh tak selesa..

Mak dia cerita, dia kemalangan hari Jumaat, dia sedar dari koma hari Jumaat dan dia mula bercakap hari Jumaat jugak.. Lagi satu, mak dia cakap lagi.. Kemalangan anaknya ni merupakan sebuah hikmah yang tersembunyi buatnya..kerana lepas anaknya kemalangan, dia semakin dekat dengan Allah..Alhamdulillah, berfikiran positif sungguh ibunya..

Semua ujian yang berlaku dan menimpa kita semua terkandung hikmah yang tersembunyi.. Apa yang penting kena selalu bersangka baik dengan Allah dan selalu berdoa dan sujud kepadaNya..

Semasa melawat orang sakit, ada adab-adabnya juga tau untuk saya kongsikan dengan sahabat2 semua...


1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.
2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”
3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.
4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)
6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)
7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas
8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.


Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-
“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
sumber

WORDLESS WEDNESDAY #6




Monday, October 24, 2011

Hargailah (Part 2)~~

sambungan part 1~~ maaf mungkin part ni yang biasa pernah anda baca,,tapi percayalah part 3 nanti akan ada kelainan..insyaAllah~~
____________________________________________________



Zahra gelisah kerana Syakir sudah benar-benar berubah.. Tidak seperti yang dikenalinya dulu.. Bukan kata hendak menelefon, mesej pun sudah jarang sekali..

Di fikiran Zahra sudah mula berfikir macam-macam.. Adakah Syakir sudah mulai bosan dengan dirinya atau sudah berubah hati? Namun Zahra juga selalu menenteramkan jiwanya dengan selalu berfikir positif..

"Oh mungkin abang sibuk kot" bisiknya sendirian..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Syakir, kau benar-benar serius dengan Zahra?"

"Mm tu aku pun tak berapa nak pasti lagi lah..sebab aku masih tak dapat nak lupakan Ariana"

"WHAT?? Kau tau tak, dengan cara kau ni kau dah mempermainkan hati dan perasaan Zahra tahu tak?Kalau kau tak nak serius dengan dia, kau tak ikhlas dengan dia kenapa kau sentuh hati dia yang suci tu??"

"Entah, kadang-kadang aku terfikir yang peribadi Zahra tu mahal..aku tak boleh cari lagi orang yang punya peribadi yang baik dah kat dalam dunia ni..kau tahukan dunia sekarang ni susah nak cari perempuan macam Zahra?"

"Oo jadi kau ego..padahal kau langsung tak ikhlas dengan dia..In the same time kau nak si Ariana tu jugak..Apa jenis lelaki kau ni?"

"Iman, kau jaga sikit mulut kau.."

"Aku ni kawan kau, aku cuma nak nasihatkan kau..Okey, sekarang kau ada akal yang matang..Kau fikirlah mana baik dan buruk"

Iman dengan marahnya berlalu pergi dari situ..Dia sendiri tak faham tergamak Syakir mempermainkan perasaan hati perempuan seikhlas Zahra..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Assalamualaikum Zahra"

Pesanan ringkas diterima oleh Zahra dan pengirimnya ialah Syakir..Dengan segera Zahra membalas,

"Waalaikumussalam abang..Kenapa dah lama tak mesej Ara? Abg dah bosan ke atau abg dh ada org lain?"

"Emm maafkan abg, Ara.. Ni yang abg nk bincang dengan Ara.."

menerima mesej tersebut mendebarkan hati Zahra..Apakah yang nak dibincangkan oleh Syakir dengannya?

"Abg nak bincang apa dgn Ara? Jgn buat Ara takut.."

"Abg harap, Ara dpat bersedia dan bersabar.. Sebenarnya...Abg..abg msih tak dpt lupakan bekas kekasih abg..tp dlm masa yg sme, abg nak Zahra.."

menitis air mata Zahra mendengar cerita dari Syakir..namun dikuatkan hati sahaja..

"Sampai hati abg..abg tau tak abg seolah-olah mempermainkan perasaan Ara tau tak? Ara benar-benar ikhlas dengan abg..tapi...abg wt Ara mcam patung tak bernyawa..."

Zahra menekan mode "offline" di telefon bimbitnya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

6 hari kemudian......

Syakir semakin gelisah kerana dia tidak dapat menghubungi Zahra.. Iman juga turut bimbang..

Telefon bimbit Zahra tidak aktif, manakala mereka mencari ke rumah juga Zahra tidak ada.. Mereka khuatir jika Zahra kecelakaan..

30 minit kemudian,

Iman mendapat panggilan dari teman Zahra, dengan mengatakan Zahra kini kritikal akibat kemalangan..

Mereka berdua bergegas menuju ke hospital.. Dan setibanya di sana, Syakir bertanya kepada teman serumah Zahra..

"Macam mana boleh kemalangan?"

"Entahlah, 6 hari lepas saya tengok dia muram..lepas tu, keluar bawak kereta.. Saya tanya pada dia, nak kemana? Dia kata saja nak bersiar-siar... Malam tu polis datang rumah beritahu yang Ara kemalangan dirempuh lori simen"

Ya Allah....Selamatkan la Ara...bisik hati Syakir..

to be continued....


Sunday, October 23, 2011

Terima Kasih~~`

Assalamualaikum kawan-kawan..

Hari ni saya sangat gembira, sebab de seorang sahabat blogger suka baca blog saya..dia ni femes jgk ler..

Nama dia Gunners, pemilik blog tetap BLOG TIDAK BERNAMA!!! ..



entry dia ni pun best-best..seronok baca.. tengok la berapa ramai followers dia ni.. Dia banyak cam berkongsi nasihat dan pendapat tentang apa yang berlaku kat dunia sekarang ni... And dia pun cam menyedarkan serta memberi nasihat kat orang-orang yang baca blog dia..

Seriously best....

Terima kasih ye sebab jadikan blog sayerrr ni blog yang kamu suke baceee.... ^_^

Friday, October 21, 2011

Korang Dah Sedia??

Assalamualaikum...

Macam mana kalau tiba-tiba korang dapat panggilan seperti dalam gambar .........


Korang answer or ignore? Even korang ignore pun.., korang still kena jawab juga beb...

Persoalannya kat sini.. Adakah korang dah bersedia untuk dapat call camni?

Jawapan korang mesti belum bersedia kan? Dah tau dah pe korang nak jawab...

Renung dalam diri kita dalam-dalam.... Dan bayangkan, bagaimana kita kelak dalam kubur kita menjawab soalan Munkar dan Nakir.. Bayangkan kalau kita tak dapat jawab...kita akan dipukul...Baru azab kubur...

Cuba renung balik bila dah kiamat..kita tengah tunggu kita punya timbangan amal dan keputusan sama ada lulus atau tak masuk syurga melalui titian sirat.. Kalau berjaya Alhamdulillah.., cuba kalau terjatuh.. Sanggup korang tahan dok kat neraka panas yang teramat panas serta seksaan yang tak tertanggung tu? Seksaan yang paling ringan pun menggelegak otak...sanggup ke? huuuuu tak sanggup weyh...

Sambil-sambil ada masa lagi, apa kata kita mula kumpul bekalan kat dunia ni... Korang sedia maklumkan, tanda-tanda kiamat kecil telah lengkap dan sempurna...tengah tunggu tanda-tanda besar jer sekarang ni..

Ermm kadang-kadang korang mesti cam fikir boleh hidup sampai tua...tapi tak semestinya sebab korang boleh dapat call dari malaikat maut bila-bila masa jer...

Jom kita mula kumpul bekalan kat dunia ni banyak-banyak supaya nanti kita tak muflis nanti kat akhirat sana.. Mudah-mudahan kita selalu beristiqamah dalam melakukan apa jua perkara..

Sekian..

Assalamualaikum...

Thursday, October 20, 2011

Berubah~~

[ kali ni nak guna "Aku" lagik..entry kali ni nak sempoi sikit la.. ]

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak kongsi dengan korang sume lah... Aku sangat gembira plus terharu bila aku tengok ramai antara kawan-kawan aku dah berubah ke arah kebaikan... Aku bersyukur sangat, rasa cam nak nangis.. - Tambah-tambah tengah hujan ni..lagi bertambah feel nak nangis..huuuu..rilek2..tahan.. -


Kawan aku chat aku..dia bagi salam ler mule2.. lepas tu dia cakap la camni " Indahnya wall ko..thanks.."..
Then, aku usha wall fb dia.. Subhanallah..penuh dengan kata-kata cintakan kepadaNya.. Aku ucapkan Alhamdulillah dalam hati..
Then, aku balas la kat dia.. "No probs weyh.. Aku suke tgok ko dh byk brubah".. Dia balas balik, "Sesetengah insan yg ditimpa musibah akn rebah sujud mnymbah sang pencipta , tp manusia akan bangun dn berdiri sperti sediakala . Aku harap aku x jd mcm tu . Aku harap aku rebahh smpai akhir"

Aku balas balik "oo k2..Alhamdulillah.. ak hepi tgok ko byk brubah ke jalanNya..
moga trus istiqamah yer.. =) "

Then, dia pun undurkan diri dengan ucapan "amin, thanks dan salam"..

Aku ada perasan jugak de beberapa orang lagi kawan aku dah berubah dan semakin cinta akan Allah dan RasulNya..

Semoga perubahan kita semua ni akan terus kekal selamanya kawan, moga kita juga sentiasa beristiqamah...Jangan pernah malu untuk berubah ke jalanNya.. Kalau malu, kita jugak yang rugi di akhirat kelak.. Mudah2an kita tak jadi seorang yang muflis di akhirat sana kelak.. Kalau ada kawan macam nada memerli, endahkan..dan jadilah pemimpin mereka..pengaruhi perubahan kamu itu, mudah2an mereka juga turut ikut berubah ke arah kebaikan..

Dan jangan pernah tunggu tua baru nak berubah..Ingatlah kematian boleh datang menjemput bila-bila masa saja..

Doakan kami supaya terus menjadi insan yang teguh iman di dada..supaya terus berjalan lurus berpaksikan perintahNya...dan terus ikhlas dalam beribadat kepadaNya..

dan aku juga berharap, korang yang baca blog aku ni pun turut berubah sama..tak pe jika perlu perlahan-lahan.. Biarlah amalan yang sedikit tapi berterusan..itu yang Allah suka.. Jangan pernah fikir yang korang dah terlambat.. NOiii Selagi ada masa, korang masih boleh berubah.. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...


Changed to the TRUTH pathway..Islam is the right pathway...


Gaduh Pasal Lelaki?

Assalamualaikum..

Hari ni saya ada tengok video perempuan gaduh sebab lelaki... Sungguh memalukan.. Disebabkan lelaki tidak jujur, bermain kayu tiga, mempermainkan perasaan perempuan, perempuan jadi mangsa bergaduh sesama sendiri bila si lelaki dah kantoi.. HUHiiiii

Kalau saya la kan, lebih baik lepaskan kalau dia dah ada yang lain.. Sebab kalau dia sayangkan kita, kenapa dia mesti jatuh cinta kat orang lain.. Jadi, lebih baik lepaskan.. Soal jodoh kita tak perlu risau, Allah dah tetapkan tiap-tiap manusia ada jodohnya.. Cuma cepat atau lambat je kita bertemu jodoh.. Kalau nak jodoh yang baik, berubah la jadi seseorang yang baik.. Kerana Allah berfirman "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..Begitulah juga sebaliknya"

Kaum hawa tidak perlu mencari, biarlah kaum adam yang mencari tulang rusuknya yang hilang tu.. Kaum hawa cuma menunggu sahaja.. Tapi, jika agama seseorang lelaki itu diredhai tak salah kalau kita jadi macam Siti Khadijah.. Buang perkataan "perigi cari timba" tu.. Tak salah untuk seseorang perempuan mengaku yang dia suka pada seseorang lelaki tu..tapi biarlah lelaki yang baik akhlaknya yer..

Okey kembali kepada topik,

Perempuan, peliharalah dirimu dengan perasaan malu... Ni, gaduh kat tempat awam cakap dengan suara yang tinggi, main tolak2, tarik2 rambut macam WWE jer.. Memalukan tau tak? Budak laki tu kalau tau,, bangga la dia, sebab gaduh pasal dia...Budak laki tu bangga, perempuan jugak dapat malu... Kalau la makcik2 tengok then, dorang kata, "Ishh budak perempuan ni kalau nak jadi menantu aku..tak nak aku"

Berfikir guna otak bukan guna perasaan...OKAYiii

Dan pesanan untuk lelaki yang suka permainkan perasaan perempuan, jangan bajet kau tu hot sangat dan kau boleh mempermainkan perasaan perempuan sesuka hati.. Kau tak nak orang permainkan perasaan kau, tapi kalo kau dah mula permainkan perasaan perempuan, what goes around comes around la weyh...Jadilah seorang lelaki yang menjadi idaman wanita solehah, bukan kasanova..

Pesanan untuk perempuan, jadilah seorang perempuan yang mahal...ibarat mutiara didasar laut, bukan batu-batu ditepi jalan..kerana kalau batu-batu ditepi jalan ada banyak dan senang pula di sepak-sepak..sedangkan mutiara di tengah laut itu sungguh berharga, perlukan usaha untuk mencari dan jika diambil, pasti akan dijaga sebaik mungkin kerana khuatir mutiara yang berharga akan hilang.. Fikirlah nak jadi yang mana.. Seelok-eloknya peliharalah malu mu wahai Hawa...

Rasulullah SAW bersabda: Rasa malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan. (HR. Bukhari dan Muslim)





Wednesday, October 19, 2011

Jadikan Al-Quran Sahabat Kita~

Assalamualaikum sahabat sekalian...

Hari ni saya nak ajak sahabat-sahabat sekalian untuk jadikan Quran sebagai sahabat karib..

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;(2)  Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.(3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4)  Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.(5) - Surah al-Baqarah ayat 2-5


Al-Quran dapat menenangkan kita disaat kita sedang berduka, stress, marah dan risau..
Al-Quran memberi kita khabar baik untuk kita terus melakukan kebaikan dalam menuju syurgaNya

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. - Surah Al Baqarah,ayat 25

Al-Quran memberi kita khabar tentang azab neraka supaya kita tidak melakukan kesalahan yang boleh membawa kita ke neraka..
Al-Quran adalah ayat ayat cinta dari Allah kepada hamba-hambaNya..

Jom kita bersama-sama baca Quran sekali dengan terjemahannya supaya kita faham ayat-ayat didalamnya..

Al-Quran akan jadi peguam bela kita diakhirat nanti..Jadikanlah Quran sebagai sahabat kita sepanjang hidup..


Saya nak beli Quran kecil ni..


Jom contohi mereka..





Rahsia Gerak Jari..Anda yang mana 1?

1. Memicit Atau Memegang Hidung
Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

2. Meletak Tangan Pada Bahu Kawan
Suka ikut kepala sendiri
Pentingkan diri sendiri
Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat 

3. Bermain Dgn Tangannya
Mempunyai tahap humor yang tinggi
Pandai berjenaka
Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati
Jenis open minded

4. Mematahkan Jari Jemarinya
Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain
Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja

5. Menggigit Kuku
Gugup dan gementar bila berbicara
Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati

6. Memintal Hujung Rambut
Suka berkhayal
Sukar diperdayakan
Keras kepala

7. Menongkat Dagu
Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
Suka mendengar masalah teman2
Setia dlm persahabatan

8. Suka Letakkan Tangan Atas Meja
Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
Peramah
Suka bergantung pada orang lain

9. Menggosok 2 Telapak Tangan
Ramah dan berfikiran matang
Suka berterusterang dan tidak suka ckap berbelit2
Muudah memahami perasaan org lain dan suka membantu

10.Memutar Cincin
Sangat menepati janji
Berhati2 dlm tutur kata
Gemar hidup yang teratur



saya yang nombor 1,3,7,8 dan 9..

WORDLESS WEDNESDAY #5 ( maaf )



Jumpa Kawan Sekolah Rendah~~~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...akhirnya impian jadi kenyataan.. Saya dah dapat jumpa balik kawan2 sekolah rendah kat SK Sungei Way (1999-2000).. Walaupun tak berapa nak ingat dorang ni..tapi happy sangat..

Maaf kawan...saya ingat nama anda..cuma perlu bagi detail lg..almaklum lah dah lama sgt.. Kawan sorang ni dia ingat saya, beg saya warna apa..even saya sendiri tak ingat saya bawak beg kaler apa dah masa skolah rendah dulu.. yg saya ingat naik bas Pakcik Tahir jep...hihihi..

Dan yang paling best..ni memang lawak la.. Belajar kat MSU, dan pernah sekelas pun dalam kelas biochemistry dan hari ni baru tau masa sekolah rendah pernah sekolah sama dan sekelas...memang tak dijangkakan perkara macam ni..

Mana saya jumpa dorang ni semua?

Ehehe dekat group SK Sg.Way ler..Alhamdulillah hajat dah tercapai.. Tapi untungler dorang dh masuk degree....uhuhuhu jeless tau...

tu jer nak cerita pasal tu jer..hehe..

Tuesday, October 18, 2011

I Wish ......

I wish that the moment stay
not changed....

I really really miss that moment.......I wish everyday are like before..not like now..







Monday, October 17, 2011

Tak Nak Baca Surat Khabar~~

Assalamualaikum ya sahabat blogger sekalian..

Kenapa saya tak nak baca surat khabar? Tak takut kalo tak tahu isu semasa?



Mm isu-isu semasa tu tak apa, saya boleh tau melalui laman muka buku..kat sana kan ramai orang-orang share info atau apa-apa yang sedang berlaku..

Kat sini, saya nk cakap.. Saya tak nak baca surat khabar sebab saya dah tak tahan sangat baca tentang bunuh, pukul, buang bayi, rosak akhlak bagai.. Kekejaman ada dimana-mana even dalam negara kita sendiri.. Sakit hati dan minda saya ni..

Bila dah jadi serabut fikiran memikirkan remaja sekarang ni yang banyak lalai.. Ada yang suka clubbing konon-konon release tension la kat club tu..lepas tu posing ngan gambar arak..dah mabuk-mabuk tu, mula lah bermaksiat.. Nauzubillah.. Sedih hati saya ni..

Macam-macam berlaku, macam berada dalam zaman Jahiliyah pulak sebab banyak kekejaman yang berlaku sedangkan berada dalam negara Islam sendiri.. Mungkin ramai yang akan kata, dah akhir zaman.. YES..memanglah kita berada pada akhir zaman.. Tapi perlu ke kita membiarkan diri kita leka dibuai dengan "syurga dunia"? Sedangkan akhirat tu dah semakin hampir dengan kita..dan akhirat itu adalah kehidupan kita yang kekal selamanya..

Nak tunggu tua baru berubah? Tunggu hidayah baru berubah?

Kalau tak sempat berubah macam mana? Haaaa...cuba renungkan.. Azab Allah itu amat dasyat wahai sahabat-sahabatku.. Seorang ahli neraka akan gembira berenang dilautan api dunia jika dia dapat menikmatinya sedangkan dia amat terseksa berada di api neraka yang 70 kali ganda panasnya dari api yang terpanas didunia.. MasyaAllah..Allah Maha Besar..

Jangan ditunggu hidayah dari Allah sedangkan disekelilingmu adalah hidayah dariNya..Cuma kamu sahaja tidak nampak cahaya dari Allah..Jadi bukakanlah pintu hati kalian untuk menerima cahayaNya untuk masuk ke dalam hati kalian dan menerangi hati kalian..

Sebelum melakukan perkara merosakkan, fikirlah dengan matang..fikirlah dengan membayangi seksaan neraka itu.. Kita boleh dapat gambaran tentang neraka dan syurga melalui Surah An Naba bermula dari ayat 21..Dari situ kita boleh pilih kita nak yang mana Syurga ataupun neraka..

Akhir sekali, jangan tertipu dengan hasutan syaitan dan dunia...



Introduction