Saturday, October 15, 2011

Apa Itu Scoliosis??

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak educate korang tentang scoliosis ataupun tulang bengkok..

Memang tulang belakang kita bengkokkan?
Ye, memang betul..tapi yang ini bengkok sama ada ke kanan atau ke kiri dalam bentuk C ataupun S..

Scoliosis ni rata-rata yang kena ialah remaja perempuan dari umur 7 tahun ke atas..Kes scoliosis ni majoritinya adalah idiopatik (tak tahu sebabnya).. Sebab saya tengok kat klinik pemulihan di PPUM, majoriti yang kena scoliosis ni memang majoriti perempuan..

GIRLS PLEASE ALERT!!!

Apa-apa pun scoliosis ni bukanlah sejenis penyakit..

Apakah tanda-tanda scoliosis?


1. Jarak antara tangan dengan trunk tak sama..
2. Kepala tak centre dengan badan..
3. Bahu tinggi sebelah
4. Badan sebelah belakang anda macam de bonggol sikit
5. Tulang belakang yang membengkok nampak dengan jelas..
6. Pinggang tinggi sebelah
7. Bentuk badan yang nampak tidak normal

Puncanya?


1. Tidak diketahui
2. Keturunan
3. Masalah dengan saraf otot
4. Ketumbuhan
5. Cerebral palsy
6. Jatuh (kemalangan kecil atau besar)

Kenapa perlu risau?


Sebab, semakin hari semakin tulang tu akan membengkok.. Bila tulang belakang membengkok melebihi 50 darjah, akan menyebabkan tulang rusuk anda berubah bentuk dan menghimpit paru-paru anda..lalu akan menyebabkan anda sukar untuk bernafas.. Dan kemungkinan juga akan menyebabkan masalah dengan jantung anda.. Lagi 1, anda akan berasa lenguh-lenguh kat bahagian belakang badan..

Treatment?

Untuk yang baru kena scoliosis ni digalakkan memakai Spine Bracing Section.. Pakai spine bracing ni memang sakit sebab bracing tu keras dan akan menyebabkan rasa lenguh sebab dok tegak cam robot jer..dan bracing tu rasa macam menekan badan..Sakit dan tak selesa mana pun, kena pakai jugak untuk mengelakkan tulang semakin membengkok dan untuk mengelakkan anda kena bedah dan masuk besi kat tulang belakang tu..Dan kalau pakai tu kena ada appointment ngan doktor 6 bulan sekali.. [even dah kena bedah pun still de appointment ngan doktor]

Kalau nak bebas wat aktiviti lasak, lebih baik pakai Spine Bracing tu.. Kalau dah kena bedah, korang memang sangat2 tak bebas wat aktiviti lasak kegemaran korang..Memang jiwa kacau kalau tak bebas lakukan aktiviti feveret... T_T

Apa-apa pun, kalau ada apa-apa abnormality yang korang tengok pada diri korang..Pergilah hospital, wat check up dan ujian x-ray..kalau dah teruk nanti susah..kena pegi bedah terus..Nak ke? Kalau nak bedah tu memang korang kena pergi hospital selalu sebab macam-macam ujian nak kena buat.. Macam nerve test, respiratory test n macam2 la..









Spine Bracing Section


Scoliosis After Surgery

10 Your opinion:

Noor Maizan said...

woah , moga terlindung dari jadi mcm nie ...

nice info dear

Afida said...

sy juga meghidap scoliosis..baru je wat oprt dah 1 bulan lebih.. nak tau cerita saya tentang scoliosis ini jom visit my blog and be my followers.. =) http://afida91.blogspot.com/

bEe HoNeY said...

pohon share ya.

Myvitrd said...

Spine Bracing Section tu ada jual ke..

Unknown said...

Anak saya penghidap skoliosis boleh kongsi pengalaman tak

Unknown said...

Kak Noor Haniza boleh cuba pakai kan Premium Beautiful Corset untuk mengatasi masalah scoliosis ni..mcm spine bracing section tp lbh selesa..sy pun ada scoliosis.. Alhamdulillah sakit belakang dah kurang sangat sekarang. Boleh contact saya +6016-3812508

Unknown said...

adekah scoliosis nie org pngil cacat..

Unknown said...

ade kah scoliosis nie org pngil cacat hmm sy pun ade scoliosis p de sorng nie ckp cacat..

redgurlzzz said...

Sy pon pernah kena awk..sy kerja dicafe.kejap2 org ejek senget.kejap2 org ckp cacat..dlm ati sebak ..kta pon xmtk jd mcm ni.sbb tu sy cari group ni maybe kta bole share pengalaman ni.

Yuz said...

Saya pun Ada scoliosis jenis C....awal tahun ni dapat kesan...mungkin keturunan agaknye, ayah saya pun scoliosis jenis C..... Xbuat opret, just buat senaman,makan ubat....sakit scoliosis ni,bediri xleh lama, duduk pun xleh lama.... Seksa sungguh...

Introduction