Thursday, October 13, 2011

Cantik itu subjektif...

Assalamualaikum kawan-kawan...

Hari ni saya nak cerita pasal cantik itu subjektif..

Okey, seperti kita semua tahu..Perempuan memang suka akan kecantikan, dan kalau boleh perempuan ni memang nak sentiasa nampak cantik di mata orang-orang.. [bukan orang2 kt sawah tu]

Then, nak nampak cantik mula la start cari make up..search kat youtube cara-cara pakai make up ikut tema bla bla bla...

Fesyen nak up to date.. Ikut trend.. Tak salah kalo nak ikut trend tapi jangan lupa aurat..

Ada kes lagi teruk, sibuk nak repair-repair muka yang dah sedia cantik.. apa ke heyyynye?? <-- tu la golongan orang yang tak reti nak bersyukur...mudah2an insaf la yer...

N ada lagi super duper teruk.., pergi letak susuk... aduhai...dah tak de cara lain ke dah nak nampak cantik? Syirik je semua tu..apa la nak nampak cantik, gune benda2 tu sume..for me, that's meaningless.. and you are not looking beautiful from your own natural beauty..

 hadith Rasulullah S. A. W : 

”Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.” 

[Riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad]


Tips nak CANTIK?? Mudah jer.. ikut cara ni okey kawan-kawan ku yang cantik manis dan comel.. ^__^

1. Selalu la berwudhuk
2. Solat 5 waktu jangan tinggal
3. Repair akhlak
4. Bersederhana
5. Hati mesti kena selalu bersih
6. Sering berzikir
7. Senyum sokmo..

Jika hati bersih, akhlak dah bagus..secara automatik korang akan nampak cantik secara semulajadi.. If nak dapat perhatian lelaki disebabkan kecantikan korang..Sampai bila kecantikan tu akan kekal..Jika hati yang cantik, di jaga dengan baik..InsyaAllah kecantikan hati tu akan terserlah pada wajah walaupun masa korang tua nanti kulit muka dah kedut sume tu..

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapansesuai dengan keadaannya)." (At-Tin:4)

Pesanan ikhlas.. Cintalah kerana hati dan akhlak yang ada pada sorang perempuan tu.. Janganlah cinta kerana kecantikan kerana jika kecantikan itu hilang, maka cinta itu juga akan turut hilang.. Jika cinta kerana harta, bila dah jatuh muflis..maka cinta juga hilang.. Oleh itu, cintalah seseorang kerana hati budinya serta akhlaknya yang baik..

Sekian....

Sahabat2ku..

❤Kecantikkan seseorang terletak pada AKHLAK.

❤Jika akhlak cantik, maka cantik jugalah TUTUR KATA

❤Jika akhlak cantik, maka cantik jugalah PERGAULAN

❤Jika akhlak cantik, DARJAT disisi Allah juga tinggi

❤Jika akhlak cantik, maka HATI pun cantik

✿ܓ♥ Bukankah akhlak mencerminkan kecantikkan seseorang..?? Kerana itu juga Rasulullah SAW menyuruh kita setiap kali menghadap CERMIN ucaplah " Segala puji hanyalah bagi Allah, Ya Allah sepertimana Engkau cantikkan wajahku, maka cantikkan juga akhlakku "

Jangan pandang kecantikkan rupa orang, kerana kecantikkan suatu saat akan PUDAR. Tapi pandanglah pada akhlak, ilmu dan amal seseorang kerana akhlak yg baik akan menyelamatkan diri dari FITNAH dunia, ilmu yg tinggi dapat menyelamatkan diri dari kegelapan, kejahilan dan amal yg istiqomah akan dicintai Allah.



0 Your opinion:

Introduction