Friday, November 18, 2011

Musibah menimpa~

17 NOVEMBER 2011 adalah tarikh yang paling takkan saya lupa, kejadian yang merupakan pertama dalam hidup...

Semalam, saya ke kampus untuk daftar subjek semester 4.. Selesai mendaftar, saya dan lagi 2 orang rakan meluangkan masa bersama setelah sebulan tidak berjumpa..

Kami pergi jalan-jalan sekitar Shah Alam.. Sambil-sambil tu, kami berhenti kejap kat parking stadium shah alam.. Tengah sembang-sembang dalam kereta tu, tiba-tiba datang seorang lelaki berpakaian kemeja lengan panjang berhelmet cermin tinted meluru ke arah kami..dan meragut handbeg salah seorang dari kami..

Kami sempat mengambil nombor plat motor 2 orang peragut tu.. Tapi tak berapa pasti sebab saya nampak sikit-sikit jer dari jauh masa peragut tu dah gerak.. Kami speechless, menggigil dan sangat blur masa kejadian tu....

Setelah itu, kami bergegas ke balai polis di Seksyen 9, Shah Alam untuk buat report.. Dalam perjalanan keluar dari parking stadium shah alam, kami nampak ada orang sedang membuat maksiat dalam kereta..Astaghfirullah.. Ternyata maksiat dan jenayah berlaku di mana-mana..

Di mana pihak berkuasa yang diamanahkan untuk melakukan tugas membanteras semua ini..??

Kami tidak tahu nombor telefon jabatan agama islam..kalau kami tahu memang kami call.. Saya akan hantar email kepada jabatan agama islam supaya selalu melakukan rondaan di sekitar stadium itu untuk membanteras kegiatan zina yang berlaku..

Firman Allah: 
"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman."
-Surah An-Nur: ayat 2


Berbalik semula kepada cerita ragut.. Saya dah naik menyampah tengok remaja sekarang ni ramai yang rosak..meragut tu kan menganiaya si mangsa.. Tak tahu atau tidak teringatkah mereka tentang azab Allah yang bakal menimpa mereka?? Tidak takutkah jika ajal datang menjemput selepas meragut seseorang??

Penduduk Mekkah yang “mencuri” (baca: mengambil kembali barangnya yg dirampas Muslim) harus dipotong tangannya. [Al-Maidah, ayat 38]



Perbuatan mencuri adalah berat di sisi Allah. Ia sama berat dengan perbuatan menyekutukan Allah, zina, membunuh anak-anak sendiri, mendatangkan umpatan dan mengingkari Nabi. Petunjuk dipetik daripada firman Allah berbunyi:
"Wahai Nabi, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada kamu, dengan berjanji setia kepada kamu, bahawa mereka tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, dan tidak akan mencuri, dan tidak melakukan zina, dan tidak membunuh anak-anak mereka, dan tidak mendatangkan umpatan yang mereka mengada-adakan antara tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka, dan tidak juga mengingkari kamu pada apa yang baik, maka terimalah janji setia mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih." (60:12)


Semalam memang lama duduk kat balai polis untuk wat report...hopefully, biar peragut tu kena tangkap... Mak bapak jaga sampai besar, sanggup memalukan keluarga dengan kegiatan haram tu....

Lagipun peragut tu nampak cam student..nampak 2 orang tu pakai baju kemeja cam baru balik dari kelas....
Tapi apa-apa pun PADAN MUKA kat peragut tu...dia ragut beg yang tak menguntungkan dia...there is nothing inside the beg except pencil case and mineral bottle...


Tapi saya sangat-sangat bersyukur kerana tiada apa yang berharga hilang dan tidak mengancam nyawa kami bertiga...Mudah2an perkara sebegini tidak berlaku pada kami dan orang lain lagi...

0 Your opinion:

Introduction