Saturday, January 28, 2012

Blogger Yang Menjadi Idolaku~

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menaip entri baru pada hari ini.

Setelah saya menjumpai blognya dan saya baca isi-isi di dalam blognya saya rasa kagum dengan blogger ini, dan saya jadikan beliau sebagai contoh dan saya pasti mencontohi beliau. InsyaAllah.

Beliau adalah Nurfarahin Ramli atau dikenali ramai sebagai Farah Lee, blog beliau adalah KunfayakuN.

Saya berasa mempunyai suatu semangat tatkala membaca blog beliau dan semakin banyak saya sedar. Bukanlah baru saya menjadi followers beliau, hari ini tergerak hati saya untuk berkongsikan cerita ini.

Setakat ini sahaja yang ingin saya kongsikan bersama, silalah berkunjung ke blog beliau. InsyaAllah segala ilmu yang berada di sana, sedikit sebanyak dapat membantu diri kita. :)

Berkecamuk~

Berkecamuk, buntu, keliru ....

Aku masih seorang hamba yang sangat lemah,

Status-status page Islamik di muka buku,

Membuatkan aku rasa sebegini,

Biarlah aku pendam sendiri,

Hanya mampu memohon agar diberikan petunjuk dari Illahi..

p/s --> jangan salah tafsir apa2 tentang entry saya ni yer. hanya Allah dan saya je yang tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran saya. sukar untuk saya menerangkannya.

Thursday, January 26, 2012

10 Sebab Kenapa Perlu Kahwin Muda~

✿✿..10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU KAWEN MUDA..✿✿


‘Kahwin muda’, satu topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana si teruna dan dara. Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

1 – Tuntutan Agama

Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?

KELEBIHAN NIKAH

saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
cium isteri ~ dapat PAHALA!
renung isteri ~ dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
suami imamkan isteri ~ dapat PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
main kenyit-kenyit mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!
Allahurabbi..SERONOKNYA..

2 – Mengelak Daripada Zina

Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengan 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3 – Menjadi Lebih Bertanggungjawab

Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekejra atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

4 – Menimbulkan Ketenangan Jiwa

Jika bertanya kepada mereka yang sudah bersiteri atau bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang karenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina.

5 – Fikiran Lebih Matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

6 – Membaiki Diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah anda ada kelapangan masa.

7 – Plan Jangka Panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggunggjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.

8 – Seks Yang Lebih Berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat uur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

9 – Rezeki Bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana keperluan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang boleh ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelan anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan berpegang kepada rahmat-Nya.

10 – Jangan Tunggu Lama-lama

Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayangi dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. andai itu berlaku, gigit jari sajalah.

* * *
Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,

yang bersama anda di kala panas atau hujan, 
yang sudi melengkapi kekurangan anda, 
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda, 
yang akan melahirkan zuriat anda, 
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya..

Apa ditunggu lagi?




sumber--> kopipes dr fb

Tuesday, January 24, 2012

Saya dan Aurat (2)~~

Assalamualaikum..,

Alhamdulillah, hari ni saya berkesempatan untuk menaip entry baru. Seperti tajuk di atas, saya ingin menceritakan tentang saya dan aurat bahagian 2. Tapi ini lebih kepada cerita saya.

Seperti dalam entry "Kenapa Awak Bertudung?" dan "Kenapa Saya Berubah".., kali ini saya nak katakan di saat ramai gadis-gadis kat luar sana mengenakan tudung tapi tudung itu singkat, saya lebih selesa mengenakan tudung yang labuh dan menutupi bahagian yang sepatutnya walaupun mengenakan selendang.

Kenapa?

Kerana saya rasa sangat selamat, tidak ada mata-mata nakal memandang ke arah saya memerhati sesuatu yang sangat berharga dalam diri saya. Lagipun dalam al-Quran kata,

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…"
                                                                                                                  Surah An-Nur ayat 31



Saya tidak merasa panas atau tidak selesa mengenakan tudung/selendang yang labuh, malah saya sangat selesa. Benar, sangat selesa.

Jadi, saya ingin mengajak sahabat perempuan saya agar mengenakan tudung dengan mengikut apa yang dah diperintahkan. Saya juga masih sedang memperbaiki penutupan aurat saya dan saya amat sangat bertegas soal ini dengan diri saya. Walaupun ada salah seorang dari ahli keluarga saya menyuruh saya membuka tudung, tapi saya tetap ingin bertudung! Saya yang menanggung dosa sekiranya saya membuka tudung dan membiarkan bahagian aurat saya terlihat.

Akhir kata, jangan balut aurat tetapi tutuplah aurat.  =)


Sunday, January 22, 2012

Couple Yang Halal~

Assalamualaikum,

Maaf lama tak update blog disebabkan sedikit sibuk menghadapi minggu peperiksaan pertengahan semester. =)

__________________________________________________________________

‎'Couple' Yang Halal...

Indah kan kita bercinta?

Indah kan bila kita saling merindu?

Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?

Indah kan bila kita saling meluangkan masa?

Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).

Cinta tu fitrah,

Cinta tu indah.

Dan lagi indahnya cinta itu,

Bila 'i love you'

Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!

Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!

Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.

'Couple' lain semua bercinta

Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah

'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa

Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.

Seonok kan??

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).

Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal.

Indah kan?





Sumber --> page jom berdakwah di fb.

Wednesday, January 11, 2012

Doa~



Introduction