Thursday, December 27, 2012

Aku Ingin MencintaiMu


Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri 
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

Aku ingin mencintaiMU
Setulusnya, sebenar-benar aku cinta
Dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu
DenganMU ya Rabbi..
----------------------------------------------------------------------------

Kata orang, cinta itu buta. Apabila sudah bercinta, bukan sahaja mata malah hati turut menjadi buta. Yang buruk terlihat indah, yang busuk terhidu wangi dan yang jahat terasa baik.

Seseorang akan menjadi hamba kepada apa atau siapa yang dicintainya. Cinta itu umpama remote control diri kita yang kita beri kepada seseorang dan jangan sesekali tersalah beri.

Jadi amatlah penting kita memastikan siapa yang kita cintai didunia ini kerana kita akan bersamanya di akhirat kelak. Bertuahlah jika orang yang kita cintai di dunia ni ialah orang yang baik-baik, terutamanya Rasulullah, para sahabat, wali Allah dan orang yang soleh kerana peluang kita untuk bersama mereka ditempat yang baik [syurga] di akhirat kelak juga sangat cerah.

Malang sekali andai orang yang kita cintai di dunia ialah orang yang jahat, ahli maksiat dan para pendosa krana kita akan bersama mereka di tempat yang buruk di akhirat kelak. Naudzubillah.

Ya, alangkah baiknya jika kita bercinta dengan Allah. Kita akan diperhambakan olehNya. Kita akan buta kepada segala kesusahan untuk memenuhi kehendakNya. Biarlah cinta kita buta, asalkan cinta itu kepada yang Esa. Biarlah kita menjadi hamba kepada Allah Yang Maha Perkasa.

Dan alangkah baiknya selepas itu kita mencintai pula orang yang mencintai Allah. Kita akan cinta kepada kebaikan yang lebih baik. Apabila kita mencintai orang yang mencintai Allah, insyaAllah cinta yang kita serahkan kepadanya itu akan diserahkan kepada Allah. Lalu jadilah kita insan yan saling mencintai kerana Allah. Itulah cinta yang utama.

Petikan teks dari Ustaz Pahrol Mohammad Juoi, Majalah Gen-Q Isu 15 m/s 34

p/s : Ya, cinta. Aku ingin mencintaiMu, Ya Allah dengan setulus hatiku. Aku ingin menjadi hamba kepada cintaMu. Di setiap kesusahan yang ku tempuhi, aku ingin menjadi hamba yang paling dekat denganMu dan tidak melupakanMu diwaktu senang. Aku ingin bersamaMu sentiasa di waktu senang dan susahku. Aku tidak mahu melupakanMu, malah aku ingin sentiasa merindukanMu. Ya Allah, berilah kepadaku rahmatMu.

Sunday, December 23, 2012

[ edited ] Berkenalan Dengan Husnuzon.

Apa itu "Husnuzon" ??

Husnuzon itu dalam bahasa Arab, maksudnya dalam bahasa Melayu adalah bersangka baik. Tidak dinafikan dalam kehidupan seharian kita, kita sering tidak terlepas dalam berprasangka sama ada baik atau buruk. Kita boleh tanya dengan diri kita sendiri, selama ni kita lebih dalam berprasangka baik atau buruk?

Percaya atau tidak, rata-rata diantara kita lebih ramai yang suka berprasangka buruk. Saya beri satu situasi dimana kita lihat seorang remaja yang bajunya ala-ala rock, seluar jean yang koyak-koyak, rambut perang dan punk. Kita mungkin sangka dia seorang yang dah rosak serta jahat. Tetapi telahan kita mungkin salah apabila kita lihat dia membantu seorang makcik atau pakcik yang dah tua melintas jalan atau memberi makan kepada fakir miskin yang datang meminta sedekah.

Selain itu, saya ingin memberi satu lagi situasi dimana ada seorang GRO. Kita sangkakan memang dia murahan dan sebagainya, tetapi kita tidak tahu yang dia telah dijual oleh bapanya kepada bapa ayam sewaktu kecil.

 Buruk sangka merupakan salah satu pintu syaitan yang harus kita jauhi. Allah SWT berfirman,

“Dan jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana sebagian prasangka itu adalah dosa” [Al-Hujurat : 12].

Haa inilah yang saya ingin kongsikan bahawa kita perlu selalu bersangka baik terhadap orang lain. Kita tidak tahu apa yang ada didalam hati seseorang ataupun kisah hidup seseorang.

Ini merupakan kata-kata daripada Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani untuk kita sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
 
Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."

Bukan sahaja kita perlu bersangka baik terhadap sesama insan, tetapi kepada pencipta kita, Allah SWT, juga kita perlu sentiasa bersangka baik terhadapNya.

Bila kita ditimpa ujian kesusahan hidup atau musibah, percayalah Allah datangkan sesuatu dalam hidup ini mempunyai banyak hikmah yang tersembunyi. Ujian juga tanda kasih sayang Allah kepada kita semua. Ringan atau berat ujian itu, bergantung kepada kemampuan seseorang seperti dalam firman Allah SWT ;

  “Allah tidak menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (Surah al-Baqarah ayat 286)

Dan hadis Nabi SAW;

 Daripada Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebajikan, baginya ditimpakan penderitaan ke atasnya.”

 Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredaan Allah dan siapa yang tidak reda maka dia akan menerima kemurkaan Allah.” (Riwayat Tirmizi)

Ternyata di setiap ujian, ada kemanisan yang tersembunyi. Sebab itu kita perlu bersangka baik dengan Allah SWT. Bukan dengan memarahi serta mengeluh bila ujian datang seperti contoh demam, batuk dan selesema. Saya lihat ramai lagi yang marah serta mengeluarkan kata2 kesat bila tidak sihat. Sakit itu juga sebagai kafarah dosa kita. Allah dah ringankan beban kita untuk tanggung dosa2 dengan beri kita sakit, tapi ramai pula tak berterima kasih malah memarahi.

Tidak dinafikan kita perlu juga berwaspada dalam situasi keselamatan diri tetapi dengan cara itu tidak menghalalkan kita untuk sentiasa berprasangka buruk. Waspada berbeza maksudnya dengan berprasangka buruk. Jangan salah faham yer. :)

Mengenai pengalaman saya, saya pernah berprasangka buruk malah agak kerap masa saya jahil dulu. Sewaktu saya ada scoliosis dulu, saya selalu juga berkata "kenapalah saya yang kena sakit macam ni". Bila saya telah baca mengenai husnuzon dan memahaminya, saya istighfar dan menyesali apa yang telah saya katakan dulu. Alhamdulillah, hidup makin tenang dengan sentiasa bersangka baik. Percayalah, apa yang saya kongsikan ni saya tak nak ada orang yang mengulangi kesilapan yang pernah saya lakukan dulu dengan berburuk sangka dengan takdir atau apa2 je.

Bersangka baik itu lebih menenangkan.

"Mudah menasihati orang lain, namun sukarnya menasihati diri sendiri"

Seringkali apabila melakukan kesilapan, saya rasa macam nak ada sesuatu yang secara automatik akan menegur kesilapan yang saya lakukan.

Ya, kita sebagai manusia kadang-kadang alpa. Kita sendiri tidak sedar dengan kesilapan yang kita lakukan. Seperti contoh, kita macam rasa tak sabar bila beratur kat cashier orang ramai atau orang yang kerja kat cashier tu buat kerja lambat. Bila kita ada perasaan sabar tu, kita akan beratur dengan tenang dan tak merungut. Kita seringkali mendengar "Sabar itu sebahagian daripada iman", "Sabar itu sifat orang mukmin".

Mujahadah itu pahit, tapi ganjaran syurga itu manis.

Sementara hidup ini, bekerja keraslah dalam mengejar ganjaran yang sangat mahal iaitu syurga. Andai kita boleh bekerja keras sampai bersengkang mata untuk hidup mewah di dunia, apalah salahnya kita bekerja keras untuk dapatkan syurga kan? Tetapi haruslah kita melakukannya kerana Allah SWT.

Bagaimana hendak melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah?

Pertama,
Kerana kita cintakan Allah. Apabila dalam diri ada cinta pada Allah barulah kita dapat melakukan sesuatu keranaNya.

Kedua,
Kerana takutkan Allah.  Apabila dalam diri ada rasa takut kepadaNya barulah dapat melakukan sesuatu kerana Allah.

Takut dan cinta, ada 2 hal ini maka kita pun akan dapat melakukan sesuatu keranaNya.

Sebelum tidur atau ada masa yang saya bersendirian, sering kali saya audit serta muhasabah diri ternyata masih banyak yang saya melakukan kesilapan dan banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari kerana diri ini masih lagi jahil.

p/s : maaf, penulisan tidak seindah dulu mungkin diri ini banyak terpalit dengan kotoran dosa yang menghalang diriku untuk mendapat ilham. Tetapi ini yang inginku sampaikan. Semoga sahabat semua faham maksud post saya ni.

Monday, December 17, 2012

Kerja~







Alhamdulillah setakat ni dah empat hari saya mula bekerja di Parkson, 1Utama.

Lagipun ini adalah pengalaman pertama saya bekerja lagipun part time je. Di sana, saya bekerja di bahagian wanita erm faham2lah. Best jugak kerja kat sana sebab takde lelaki. Customer pun memang orang perempuan la kan.

Kerja ni agak mencabar jugak la sebab tak macam pakaian biasa. Kena ingat saiz, kod, cara lipat, cara susun dan banyak lagi. Nak kata tak penat tu tipulah kan. Tapi bila kita ada rasa kerja kerana Allah dan tanggungjawab terhadap keluarga insyaAllah kerja tu rasa seronok dan tak rasa penat pun. Kita nak cari rezeki biarlah ikhlas dan tak merungut dengan kerenah customer sebab kita nakkan keberkatan dalam rezeki yang kita cari dengan titik peluh sendiri ok itu tipu tempat kerja ada aircond so, takde peluh. :P

Oh kenapa saya kerja part time? Dah habis belajar ke? Ke tengah cuti semester?

Mm belum habis belajar lagi sebenarnya patutnya tengah praktikal sekarang ni. Disebabkan takde apa-apa information daripada pihak yang sepatutnya bertanggungjawab even saya sendiri dah pergi cari sendiri tapi tak de rezeki untuk praktikal buat masa ni, saya pun ambil keputusan untuk kerja part time. Daripada duduk rumah banyak benda kena fikir sampai kusut2 kepala, nah gi kerja lagi bagus tolong mak. :)

Tempat kerja sebenarnya sebelah je dengan mak. Bila time free2 takde customer, lepak2 ngan mak, kaco2 mak kerja. hehe.

Setakat ni banyak jugak la saya belajar. Dapat tengok kerenah2 manusia dan banyak lagi.

Tu sahaja nak kongsikan setakat ni. Maaflah dah lama tak post info2 yang bermanfaat buat masa ni. InsyaAllah, jika ada ilmu saya tak kedekut nak share. Pasti akan saya share, tapi semuanya dengan izin Allah. :)




Friday, December 14, 2012

Sambung Belajar Tak?




 Bicara soal masa hadapan aku sendiri tidak mengetahui apa nasibku pada waktu itu.

Apabila ada rakan-rakan yang bertanya "Sambung belajar tak, nanti?", aku sendiri tidak pasti pada saat itu.

Beberapa lama kemudian, aku telah berfikir secara matang mungkin jawapanku adalah TIDAK. Aku memikirkan banyak faktor. Antaranya ;

Pertama ; Hutang. Aku akan menanggung hutang yang banyak di usia yang sangat muda. Sekarang pun dah hampir rm50k hutangku. huhuhu.

Kedua ; Kewangan. Dugaan waktu belajar inilah dia. Aku tidak mahu apa yang telah aku lalui selama ini berulang kembali. Biarlah aku bekerja membantu keluargaku kerana aku bukan berasal dari keluarga yang kaya.

Ketiga ; Rasa tidak mampu. Aku tidak mampu untuk menjadi pelajar yang terbaik, mungkin.

Apa-apa pun, semuanya aku bergantung kepada Allah.

Whatever it is, I still love Medical field. Even though I am not a doctor in future. :)



Sunday, December 9, 2012

CINTA???

Sudah cukup sudah,
Cukup sampai di sini saja,
Dari terseksa cintaku kau balas dengan dusta..

Bila saat ini berbicara soal cinta, bagiku "sudah cukup sudah".
Aku silap dalam soal memberi cinta.
Aku sangka sudah matang dalam soal ini,
Ternyata aku masih belum.

Cinta yang sepatutnya aku simpan dan jaga untuk yang berhak,
Tapi aku telah memberinya sebelum menjadi yang halal untukku.
Ternyata memang silap besar.

Cinta yang sejati dan hakiki untuk Ilahi,
Masih belum sempurna,
Aku pula mengejar cinta yang tak pasti,
Terus disakiti hingga merasa terseksa jiwa dan raga.

Memang silapku kerana mudah percaya,
Aku sangkakan akan berkekalan,
Tetapi hanya separuh jalan.

Sudah cukup sudah untuk aku memberi cinta lagi,
Aku tak rela untuk disakiti,
Aku tak mahu menzalimi diri sendiri.



Akan aku baiki kembali hatiku ini,
Dari cebisan-cebisan yang hancur,
Menjadi hati yang baru tetapi mungkin tidak sempurna, (Maafkan aku wahai bakal suamiku kelak.)
Dan hati dan cinta yang baru akan ku simpan untuk yang berhak.

Buat masa ini,
Biarlah aku dengan kehidupanku,
Memperbaiki diri dan cinta kepada Ilahi,
Menghambakan diri kepada yang satu.

___________________________________________________

Mungkin apa yang terjadi mengandungi hikmah. Ya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Dengan ini saya ingin berpesan kepada kaum Adam;

1. Jangan rapat dengan perempuan dan mengambil berat terhadap dirinya andai bukan dia yang kau inginkan. Perempuan mudah jatuh hati dengan perlakuan sedemikian rupa.

2. Jangan berhubungan dengan seseorang perempuan kerana dicabar.

3. Jangan nak bercinta andai tak pandai nak setia.

4. Bimbing perempuan untuk dekat dengan agama bukan menjauhkannya.

5. Banyak lagi sebenarnya tapi faham2 la yer.

Pesanan untuk kaum Hawa pula ;

1. Jangan terlalu mudah percaya dan jatuh hati dengan lelaki yang rapat dan baik dengan kita.

2. Simpan je la hati dan cinta tu untuk mereka yang benar2 nakkan awak. Dia akan minta izin dengan wali awak sebelum mengambil hati awak.

3. Jangan mudah percaya dengan kata-kata manis daripada seorang lelaki. Sangat bahaya.

4. Hati-hati dalam memberi hati.

5. mm sama la mcm yang lelaki, sebenarnya banyak lagi. Yang penting kena bijak dan matang.

Saya tak kata atau menghukum dengan mengatakan semua lelaki sama. Saya tahu ada ramai lagi lelaki yang baik kat luar sana. Tetapi ini sekadar pesanan sajalah tak kira lelaki atau perempuan. Jangan kejar cinta manusia yang tak pasti dahulu, atau jangan bercinta andai belum bersedia. Kukuhkan cinta kepada Ilahi, baikilah diri sebelum jodoh sampai.

Itu sahaja pesanan dari saya, ambillah mana yang anda rasa baik. Kerana yang baik semuanya datang daripada Allah, yang buruk datangnya daripada saya yang lemah tak berdaya ini.

Sekian sahaja untuk kali ini. Assalamualaikum wbt.



Thursday, December 6, 2012

Berpakaian labuh~

Assalamualaikum,



Aku melihat labuhnya tudung dan pakaian lambang keperibadian tinggi seorang muslimah,
Aku juga melihat labuhnya tudung dan pakaian lambang kecantikan seorang muslimah.

Diri ditutup rapi tanpa seinci pun aurat kelihatan yang bisa dilihat ajnabi,
Indahnya tertutup rapi tanpa menggugat iman dan nafsu lelaki.

Aku juga ingin melabuhkan tudung dan pakaianku,
Tetapi suasana dan persekitaranku tidak mengizinkan aku berbuat demikian.
Bukan alasan yang aku reka untuk tidak berbuat demikian.

Aku ingin sekali berada dalam persekitaran seperti sahabatku yang sudah mendirikan rumahtangga,
Persekitaran yang membolehkan berpakaian labuh.

Perlukah aku mengambil jurusan agama dan belajar di universiti bernamakan Islam dahulu untuk aku berpakaian sebegitu?
Aku berharap dapat berpakaian mengikut syariat kelak.
Doakan aku~

"Aku perlukan 'kompas' kepada 'peta' untuk selamat sampai ke destinasi terakhir."


p/s : aku tidak mengharapkan ustaz-ustaz untuk menjadi "kompas"ku kelak, cukuplah dia jejaka yang menjaga solat dan agama. 

Monday, December 3, 2012

Walimatul urus~

Assalamualaikum.

Alahai dah berhabuk bersawang dah blog ni lama sangat tak update. Alhamdulillah internet dah ada balik. :))

Hari ni saya nak kongsikan pengalaman pertama saya menghadiri walimatul urus kawan sekelas saya di MSU Shah Alam. Walimah dibuat dirumahnya di Ulu Tiram, Johor.

Apa yang saya nak kongsikan adalah tentang walimahnya yang mengikut syariat Islam. Subhanallah, ibu pengantin perempuan memakai purdah, begitu juga saudara mara dia, mereka memakai pakaian agama. Tetamu2 majlis juga tidak ada yang memakai pakaian menjolok mata, semuanya mengikut syariat.

Khemah untuk tetamu menjamu selera pula diasingkan, saya sebagai perempuan rasa sangat selesa untuk makan kerana tidak bercampur2 dengan lelaki. Ini adalah pengalaman saya menghadiri walimah seperti ini. :)

Saya rasa saya pun nak buat walimah macam ni jugak lah suatu hari nanti InsyaAllah. Harap-harap tidak ada tentangan daripada keluarga.






Introduction