Thursday, January 31, 2013

Cuma pendapat saya.

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak cerita tentang sikap pemanduan orang ramai di atas jalan raya. Ini sekadar pendapat saya di atas pemerhatian saya selama ini sahaja. Dan ini juga luahan hati saya.

Saya kerap menaiki motosikal ulang alik dari rumah ke tempat kerja, kadang2 pergi ke shah alam dan kuala lumpur. Dan ada juga beberapa kali hampir "kemalangan di atas jalan raya.

Ye saya tahu sekarang ni ramai orang dah memiliki kereta sendiri, dan pada waktu puncak jalan mesti sesak tak kira di mana2 la dalam kawasan KL dan Selangor (tak tahu la kat tempat lain mcm mana).

Mungkin saya salah bila saya judge orang mengenai cara pemanduan serta kereta seseorang berdasarkan status saya di fb. Maafkan saya.

Cuma saya tak berpuas hati terhadap cara pemanduan orang sekarang ni. Mereka tukar-tukar laluan di atas jalan raya tanpa beri signal. Sesetengah orang hanya beri signal macam dah masuk lane lain dan selekoh, baru bagi signal tu pun sekali kelip je. Kereta-kereta besar pula, bawak laju-laju bila dah sampai selekoh hampir kena motor kami. Lagi sikit je memang nak berlanggar, masa kejadian ni kat TTDI, Bukit Jelutong. Masa tu mercedes tu memang bawak laju sangat3. Pagi tadi kat Jalan Ipoh, KL, hampir kemalangan sebab BMW tu main masuk je lane paling kanan tanpa bagi signal dan dia bawa sangat laju. Nak cerita pengalaman nak accident tu, memang banyak la.

Saya tahu pada waktu puncak, ramai orang berpusu-pusu nak balik rumah. Sekurang-kurangnya prihatinlah pada orang yang bawa motor. Lihat cermin sisi serta berilah signal, sekurang-kurangnya kami penunggang motor ni tahu.

Pesanan penaja --> Please drive with all manners. Respect others life's.

Saturday, January 26, 2013

Iman Tersentuh

Assalamualaikum,

Pada hari ini, hari Jumaat. Saya ingin berkongsi sesuatu yang menyentuh hati dan iman saya.

Ternyata Allah ingin menyedarkan saya yang lalai ini, mungkin. Pertama sekali, sewaktu saya pulang dari kerja sekitar jam 11 malam.  Saya scroll news feed di facebook, dan saya melihat sebuah blog yang menceritakan tentang seorang muslimah solehah, hari2 sebelum arwah meninggal dunia. Ternyata cerita itu sangat2 menyentuh dan membuatkan saya berasa betapa kerdilnya saya. Saya nak sangat2 jadi macam tu, seorang yang solehah, dikasihi Allah dan sentiasa ingatkan Allah. T_____T

Ini kisah arwah di blog ini --> http://mujahidah2u.blogspot.com/2013/01/rentetan-pengalaman-di-hari-hari.html

Kedua,

Sebuah video street da'wah di Malaysia, di mana seorang lelaki daripada United States memeluk Islam. Bila tengok video tu kan, hati saya ni rasa macam membuak2 nak join street da'wah memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam. Dan dalam masa yang sama hati ini menangis dan mengatakan "kenapa aku tak boleh buat macam mereka buat?"

ini link videonya --> Street Da'wah di Malaysia

Subhanallah. Itulah caranya bagaimana kita hendak memperkenalkan Islam pada dunia.

Inilah dua perkara yang sangat menyentuh hati dan iman saya pada hari ini. Air mata mengalir kerana mengenangkan diri ini masih terpalit dengan dosa-dosa.

Bangkitlah wahai diriku!
Bangkitlah berjuang menentang nafsumu.
Meskipun pahit dan lelah.
Percayalah akan ganjaran yang indah.

Wednesday, January 23, 2013

Aku Cemburu


Cemburunya aku...

Tiap kali aku membaca kisah2 mereka yang soleh/solehah. Ternyata aku cemburu.

Aku cemburu kerana aku tidak seperti mereka.

Suatu saat aku pernah terjatuh,

Kini aku sedang merangkak,

Sedang cuba bangkit kembali untuk menjadi seperti mereka.

Aku sedang berjuang dengan diri sendiri,

Antara iman dan nafsu,

Sebagai manusia yang lemah,

Terkadang aku turut kata nafsu sedang iman membantah,

Air mata jatuh tatkala aku bermuhasabah diri.

Acapkali aku berdoa " Ya Allah, bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang beriman, bantulah aku untuk istiqamah, kuatkanlah imanku. Sesungguhnya aku ingin menjadi mukminah"

Aku masih dalam proses mengukuhkan lagi tapak,

Tapak pembinaan mahligai indah 'di sana'.



Sunday, January 6, 2013

CINTA part 2.

Merindui Allah mengubat hati, merindui manusia merosakkan hati

Berkata Imam Makhul rahimahullahuta'ala, 'ذكر الله تعالى شفاء، وذكر الناس داء' 
Mengingati Allah ta'ala itu ialah ubat, sedang mengingati manusia itu ialah penyakit. [Al-Waabil al-Sayib; Raafi' al-Kalim al-Tayyib, Imam Ibn Qayyim] 
Yang jauh jangan dikenang-kenang nanti kelak asyik terbayang-bayang...

Tidak khusyuk ibadah dikala seorang kerana hati sudah dimiliki orang...

Buang yang keruh ambil yang jernih, lupakan yang jauh ambil yang soleh...
- Ustaz Emran Ahmad


p/s : Bercinta bila dah betul2 bersedia. Pengalaman lepas jadikan pengajaran. Cinta manusia tolak ketepi dulu buat masa ni. Matangkan fikiran, sediakan dan mantapkan agama terlebih dahulu. Fokus dengan cinta Allah dahulu.


Friday, January 4, 2013

Photography Zone

Kuala Lumpur, 5 megapixel camera, using xperia J and photoscape.

 
                    Taman Burung Kuala Lumpur


                                                        Jalan Changkat Raja Chulan

Taman Burung, Kuala Lumpur

Saja jalan-jalan ngan adik time cuti hari ni. Esok dia nak gi Sepang gi kursus penerbangan.

Thursday, January 3, 2013


"Selama ini cari makna cinta manusia, tapi yg ditemui hanya makna dusta. Cari makna cinta Ilahi, yg ditemui adalah makna ketenangan hati." - Syabab Musafir Kasih Twitter



pic taken at 1Utama Shopping Mall.

Introduction