Saturday, January 26, 2013

Iman Tersentuh

Assalamualaikum,

Pada hari ini, hari Jumaat. Saya ingin berkongsi sesuatu yang menyentuh hati dan iman saya.

Ternyata Allah ingin menyedarkan saya yang lalai ini, mungkin. Pertama sekali, sewaktu saya pulang dari kerja sekitar jam 11 malam.  Saya scroll news feed di facebook, dan saya melihat sebuah blog yang menceritakan tentang seorang muslimah solehah, hari2 sebelum arwah meninggal dunia. Ternyata cerita itu sangat2 menyentuh dan membuatkan saya berasa betapa kerdilnya saya. Saya nak sangat2 jadi macam tu, seorang yang solehah, dikasihi Allah dan sentiasa ingatkan Allah. T_____T

Ini kisah arwah di blog ini --> http://mujahidah2u.blogspot.com/2013/01/rentetan-pengalaman-di-hari-hari.html

Kedua,

Sebuah video street da'wah di Malaysia, di mana seorang lelaki daripada United States memeluk Islam. Bila tengok video tu kan, hati saya ni rasa macam membuak2 nak join street da'wah memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam. Dan dalam masa yang sama hati ini menangis dan mengatakan "kenapa aku tak boleh buat macam mereka buat?"

ini link videonya --> Street Da'wah di Malaysia

Subhanallah. Itulah caranya bagaimana kita hendak memperkenalkan Islam pada dunia.

Inilah dua perkara yang sangat menyentuh hati dan iman saya pada hari ini. Air mata mengalir kerana mengenangkan diri ini masih terpalit dengan dosa-dosa.

Bangkitlah wahai diriku!
Bangkitlah berjuang menentang nafsumu.
Meskipun pahit dan lelah.
Percayalah akan ganjaran yang indah.

0 Your opinion:

Introduction