Tuesday, December 16, 2014

Berat~

Berat sungguh beban ini,
Aku seorang yang menanggung,
Tidak tertahan rasanya,
Seperti mahu putus asa.

Tekanan demi tekanan,
Sungguh aku tidak tahan.

Aku mohon kekuatan pada Tuhan,
Supaya diberi kemudahan.



Thursday, October 9, 2014

Hijrah. Buka buku baru, jadi orang yang baru~


Hijrah. Buka buku baru, jadi orang yang baru~

Setiap orang ada kisah silam masing-masing, sama ada berat atau ringan dan yang pasti setiap orang tidak lari dari melakukan kesalahan dan dosa kerana kita bukan maksum, kita juga tidak sempurna.

Alhamdulillah sekiranya didalam hati telah terdetik untuk berubah, hidayah Allah telah sampai didalam hati seseorang itu. Alhamdulillah kerana Allah masih membuka pintu hati kita untuk berubah, Allah masih sayangkan kita kerana Allah tak nak kita masuk ke neraka yang membakar..



Apabila terdetik di dalam hati hendak berubah menjadi lebih baik, maka teruskanlah berusaha. Usaha ada bermacam-macam cara yang pasti kita kena mencari ilmu, barulah kita boleh berubah dengan baik dan konsisten.

Pasakkan niat dan berazam untuk menepis segala hasutan syaitan untuk menggoyahkan iman kita. Segala ujian yang mendatang, kita harus kentalkan jiwa dan pertahankan iman kita.

Kembali kepada fitrah~



 “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada ugama Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (Surah ar-Rum: Ayat 30).

Kembali kepada akidah yang betul dan benar dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang datang dari Nabi s.a.w. Kembali kepada mengabdikan diri kepada Allah  dalam seluruh kegiatan hidup sebagaimana yang terkandung dalam iftitah dalam sembahyang: “Sesungguhnya sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan Yang Mentadbir sekelian alam”.

Kembali kepada sifat-sifat yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana suruhan Allah bermaksud “Sesungguhnya bagi kamu ada contoh yang sebaiknya pada Rasulullah …” (Surah al-Ahzab: Ayat 21).

Fitrah kita adalah Islam, Islam adalah seindah-indah agama. Semakin kita belajar tentang Islam, semakin kita cintakan agama kita. Islam itu memudahkan, Islam tidak meyusahkan umatnya.

Kita akui telah banyak dosa-dosa yang kita lakukan. Banyak juga perkara larangan Allah kita buat.

Bertaubatlah..

Bertaubatlah dengan menyesal bersungguh-sungguh dan tidak mahu lagi buat perkara yang sama.

Bertaubat menyucikan jiwa dan ibarat seorang bayi yang baru lahir ke dunia.

Subhanallah..

Selagi ajal belum datang, selagi matahari belum terbit dari Barat, pintu taubat sentiasa terbuka.

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (bermaksud): “Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:

 Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah.

  Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.

  Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.

Kekadang saya berasa malu dan rendah diri apabila melihat seorang muallaf lebih 'alim dan gigih dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam pada itu, saya termotivasi untuk menjadi seorang muslim yang baik.

Allah berfirman maksudnya: “...Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai (menyintai) orang yang berbuat baik.” – (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik saja. Ini kerana dia sedar hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan.

Sempena dengan Maal Hijrah, bersama-samalah kita berhijrah ke arah yang lebih baik. Berdoalah agar kita kuat untuk istiqamah dan sentiasa berada di jalan yang lurus. Aminn..

Thursday, July 3, 2014

Cermin Diri Dahulu Sebelum Menilai Orang Lain



Assalamualaikum

Hari ini saya rasa kebanyakan rakyat di negara ini sedia maklum dengan kembalinya Felixia kepada fitrah sebagai Rania (nama Islamnya).

Ramai yang menyokong dan memberi semangat, dan tak kurang ramainya yang memberikan kata-kata negatif.

Kita perlu husnuzon, mungkin kata-kata negatif yang diterima beliau adalah satu ujian buat diri beliau untuk kembali kepada fitrah.

Tetapi bagi yang mengutuk dan memberi kata-kata negatif tersebut juga perlu menilai kembali diri sendiri. Sejauh manakah keimanan anda sehingga anda boleh berkata buruk terhadap seseorang?

Ya, saya tau saya juga bukan seorang yang sempurna apatah lagi tinggi iman dan darjat disisiNya.

Kita perlu fikir juga, adakah kita yang dilahirkan Islam ini cukup ilmu agamanya, tinggi iman dan darjat disisiNya?

Orang yang dahulunya kafir dan kembali kepada fitrah ibarat bayi yang baru dilahirkan. Suci daripada dosa-dosa. 

Kita juga boleh sucikan diri kita daripada dosa-dosa dengan bertaubat kepada Allah dan sentiasa mendekatkan diri kepadaNya. 

Begitu juga, adalah lebih baik orang yang mahu belajar dan mendalami Islam daripada orang yang berlagak tahu dan cuma hanya tahu mengutuk.

Kita yang sedia dan telah dilahirkan Islam bagaimana pula? Audit dan muhasabah kembali diri kita sebelum kita menilai orang lain dan jangan berasa diri teramat mulia.

Perlu diingat juga Islam untuk semua dan BUKAN untuk Melayu sahaja.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Rania moga istiqamah dalam menjadi seorang muslimah dan doa juga untuk diri kita supaya sentiasa berusaha menjadi seorang muslim yang terbaik serta menunjukkan akhlak yang baik.

InsyaAllah. Salam Ramadhan Al Mubarak. 

Assalamualaikum.

Sunday, February 9, 2014

Pengalaman Kerja sebagai Customer Service

Hari ini saja nak share pengalaman kerja sebagai Customer Service Professionals.

Sepanjang 3 bulan jawab call daripada customer, macam2 ragam manusia yang dapat saya perhatikan.

1. Customer yang baik dan penyabar
2. Customer yang membebel dan bising2
3. Customer yang tak reti nak sabar dan suka suki maki hamun orang
4. Customer yang marah2, tak nak cooperate dan suka nak complaint orang

Customer service ni jawab call sahaja dan buat report berkenaan aduan customer, dan report tu akan di "escalate" kepada pihak yang berkenaan.

Ada customer yang sangat baik, they said "Thank you, Kila. You helped me so much". Kata-kata seperti itu membuatkan saya lebih bersemangat nak kerja dan bantu customer yang seterusnya.

Tetapi rata-rata customer banyak yang tak faham. Dia ingat customer service ni boleh sesuka hati boleh solve terus masalah dia. Apa-apa perkara pun ada STANDARD PROCEDURES.

Menjadi customer service memang sangat mencabar. Mencabar tahap kesabaran terhadap orang yang suka-suka nak marah bila call. Lepas tu, customer tanya bila kita bagi jawapan yang betul dorang memang tak boleh terima hakikat. Lepas tu, cakap "You are not helping me".

HELLO!!! You're asking me, and then i gave you answers. You told me that I am not assisted you!!

Rata-rata rakyat Malaysia yang tinggal dikawasan bandar memang sangat RUDE atau dalam bahasa Melayu, Kurang Ajar!!

Saya lebih suka jawab call daripada Sabah dan Sarawak, rata-rata mereka masih lagi berbudi bahasa berbanding orang-orang di Semenanjung.

Kadang-kadang saya sangat sedih bila ada orang Melayu Islam sendiri maki hamun menggunakan bahasa yang sangat kasar.

Ya, saya tahu dorang sangat marah dengan service yang tidak memuaskan dan nak meluahkan rasa marah tu. Tapi, dengan maki hamun ingat terus solve masalah?? Ingat customer service ni robot ke atau tak ada perasaan ke??

Ada dapat customer, bila nak verification pun dah marah2. Macam mana nak bantu??

Lepas tu cakap pusing2, last2 yang ada masalah tu perkara lain. Cakap je la straight to the point, tak payah nak pusing2. Tak puas hati sikit, nak panggil supervisor atau manager dan nak complaint!

"I DON'T WANT TO TALK TO YOU!! PLEASE GIVE THIS CALL TO YOUR SUPERVISOR OR MANAGER , NOW!! "

Baik suruh je manager atau supervisor kerja jawab call tak payah buat kerja lain. Dorang pun ada tanggungjawab dorang.

For me, CUSTOMER IS NOT ALWAYS RIGHT!!

Tagline "customer is always right" membuatkan manusia ini menjadi manja dan naik kepala.. Sikit - sikit nak komplen kalo tak puas hati.. Sikit-sikit nak cakap dengan manager. So BOSSY.. Memang la hang bayaq..

Apa-apa pun jadi manusia tu biar beradab. Call orang nak bertanya, tapi marah2 plak.. Cuba kalo orang tanya diri sendiri, lepas tu orang tu marah balik.. Apa perasaan??? Takkan tak ada perasaan kot.. Tipu la kan..

Saya sangat sedih dengan rakyat Malaysia yang terhapus sifat berbudi bahasa dan seolah-olah tiada lagi akhlak yang baik.

Monday, February 3, 2014

Tiada Manusia Sempurna

Aku manusia biasa,
Aku tiada apa-apa didunia.
Dalam masa yang sama,
Aku cuba menjadi manusia berguna.
Ilmu ku cari,
Tidak mahu sedikit pun iman ku lari.
Aku mahu iman ku subur,
Tidakku mahu ianya terkubur.


Tiada manusia di dunia ini sempurna. Masing-masing mempunyai kelemahan dan kekurangan yang

tersendiri. Namun, Allah telah menjadikan manusia sebaik-baik insan yang sempurna tubuh badan dan akal fikiran yang kita patut bersyukur.

Yang Maha sempurna hanyalah Allah swt.

Mencari kesempurnaan pada manusia ibarat mencari sesuatu dihutan dan yang pasti tidak akan

menjumpainya sampai bila-bila.

Memperbaiki kekurangan amatlah digalakkan. Seperti contoh mahu berubah ke arah kebaikan,

kelemahan dalam menewaskan hawa nafsu diperkuat dalam mendalami ilmu cara menentangnya.

Kita semua sedar, dunia ini hanyalah pentas ujian. Penentunya saat kita di himpunkan di padang

masyar. Jawapan atau penentunya berdasarkan beratnya amalan yang kita lakukan saat di dunia

ini.

Ya, kebanyakan daripada kita kerap leka, lalai dan alpa. Terbuai dengan keseronokan dunia yang

dihias indah oleh syaitan. Liciknya syaitan mengalihkan perhatian manusia daripada tujuan sebenar.

Jangan pernah biarkan hati, fikiran atau diri kita lalai walaupun seketika. Lalai itu boleh

menghanyutkan dan membuatkan kita lupa.

Sentiasa suburkan hati dengan berzikir, mengingati Allah, berselawat, membaca Quran, mendengar

ceramah yang boleh menyentuh iman dan kalbu, ataupun boleh membaca novel-novel islamik di

mana dalam cerita terselit ilmu, muhasabah untuk kita.

Saratkan dada dengan ilmu pengetahuan, dari semasa ke semasa sentiasa update ilmu dan cuba

sedaya upaya untuk praktikkannya dengan secara perlahan-lahan. Kedudukan orang yang berilmu

adalah lebih tinggi di sisi Allah SWT berbanding orang yang tidak berilmu.

"Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu

pengetahuan akan darjat
" [Al Mujadilah 58 : 11]

Orang yang berilmu perlu menjaga akhlaknya juga. Andai berilmu tetapi buruk akhlaknya, rugilah

menjadi insan yang ada ilmu.

"Mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu melihat  pada bentuk tubuh.

Tetapi hati menilai pada akhlak dan budi pekerti"

Andai cantik akhlak dan budi pekerti, orang senang mendekati, disayangi dan dipercayai. Seperti

sabda Rasulullah SAW, "Sebaik-baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya" [Riwayat

Thabrani]

Jadilah permata agama yang berkilau sinarnya, yang sukar dicari dan diperolehi.

Bagi perempuan, solehah mukminah itu mahal harganya.

"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah" [HR Muslim]

"Wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga" dan bidadari syurga mencemburui wanita

solehah.

Begitulah gambaran seorang wanita solehah.

Untuk lelaki pula, contohilah akhlak Rasulullah SAW. Banyakkan membaca kisah-kisah baginda dan

cuba mengikuti sunnah2 baginda SAW.

Itu sahaja perkongsian pada hari ini. Tulisan ini juga adalah nasihat untuk diri sendiri.

Introduction