Thursday, July 3, 2014

Cermin Diri Dahulu Sebelum Menilai Orang Lain



Assalamualaikum

Hari ini saya rasa kebanyakan rakyat di negara ini sedia maklum dengan kembalinya Felixia kepada fitrah sebagai Rania (nama Islamnya).

Ramai yang menyokong dan memberi semangat, dan tak kurang ramainya yang memberikan kata-kata negatif.

Kita perlu husnuzon, mungkin kata-kata negatif yang diterima beliau adalah satu ujian buat diri beliau untuk kembali kepada fitrah.

Tetapi bagi yang mengutuk dan memberi kata-kata negatif tersebut juga perlu menilai kembali diri sendiri. Sejauh manakah keimanan anda sehingga anda boleh berkata buruk terhadap seseorang?

Ya, saya tau saya juga bukan seorang yang sempurna apatah lagi tinggi iman dan darjat disisiNya.

Kita perlu fikir juga, adakah kita yang dilahirkan Islam ini cukup ilmu agamanya, tinggi iman dan darjat disisiNya?

Orang yang dahulunya kafir dan kembali kepada fitrah ibarat bayi yang baru dilahirkan. Suci daripada dosa-dosa. 

Kita juga boleh sucikan diri kita daripada dosa-dosa dengan bertaubat kepada Allah dan sentiasa mendekatkan diri kepadaNya. 

Begitu juga, adalah lebih baik orang yang mahu belajar dan mendalami Islam daripada orang yang berlagak tahu dan cuma hanya tahu mengutuk.

Kita yang sedia dan telah dilahirkan Islam bagaimana pula? Audit dan muhasabah kembali diri kita sebelum kita menilai orang lain dan jangan berasa diri teramat mulia.

Perlu diingat juga Islam untuk semua dan BUKAN untuk Melayu sahaja.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Rania moga istiqamah dalam menjadi seorang muslimah dan doa juga untuk diri kita supaya sentiasa berusaha menjadi seorang muslim yang terbaik serta menunjukkan akhlak yang baik.

InsyaAllah. Salam Ramadhan Al Mubarak. 

Assalamualaikum.

Introduction